Bagaimana Cara Mudah Untuk Self Defence
|
Aku dapat gambar ni kat Facebook Kelantan Bloggers, gambar yang di “share” oleh Shahrul Fadzly. Aku nak share kat sini pulak.
Kalau korang semua mencari cara mudah untuk mempetahankan diri khususnya untuk anak gadis, wanita dan mereka yang memerlukan perlindungan dari bahaya penjahat, aku rasa ini salah satu cara seni pertahankan diri yang mudah dan efektif.
Bagaimana cara seorang gadis atau wanita boleh melumpuhkan musuh atau penjahat dengan mudah dengan langkah-langkah yang di tunjukkan. Cuba lihat gambar yang ke 3, korang boleh hantukkan kepala anda di bahagian dagu musuh atau penjahat. Kemudian, gambar ke 4 korang hentak bahagian sulit musuh. Kalau mereka lelaki, semestinya bahagian sulit ini amat sensitif dan cepat saki jika di perlakukan dengan keras.
Bila musuh sudah terkena perangkap kesakitan, korang boleh teruskan dengan langkah 6,7,8 dan 9 untuk memastikan musuh tidak mampu lagi membahayakan anda. Bila mereka tewas, anda ada pilihan samada melarikan diri mencari tempat yang selamat atau dapatkan bantuan orang awam atau pihak polis.
Berhati-hati sentiasa.
MrJocko.com