Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Bagaimana Cara Nak Check Beg Gucci Original

Peminat produk vintage pasti akan gembira bila terjumpa dengan produk asli yang mahal harganya tetapi dijual dengan harga murah, ataupun kami panggil dengan istilah Jackpot. Tapi, bagaimana nak tahu keaslian produk tersebut? Bukan senang ya. Sebab itu, kali ini, kami nak kongsi Tips Mudah dan rahsia bagaimana cara nak check beg Gucci original supaya tidak tertukar dengan produk beg jenama yang tiruan.

Bukan beg sahaja, tetapi ada banyak produk lain seperti pakaian dan perhiasan menjadi buruan ramai peminat vintage dan pakaian dari pereka terkenal seluruh dunia. Yang biasa kita dengan jenama Louis Vuitton, Gucci, Prada, Burberry atau Coach. Tetapi tahukah anda ada banyak lagi jenama lain, yang jarang kita dengar tetapi dijual dengan harga yang jauh lebih mahal?

Baca : Beli Barangan Bundle

Bagaimana Cara Nak Check Beg Gucci Original

Cara Nak Check Beg Gucci Original
 

Kalau sebelum ini, bila kami travel ke Jepun, beg-beg berjenama mewah seperti ini memang menjadi target kami jika terjumpa kedai-kedai Pre-Loved di sekitar Shijuku, Akihabara, UENO Street dan beberapa lokasi lain. Ini kerana, kadang-kadang anda boleh jumpa model-model beg jenama mewah yang limited tetapi dengan harga yang sangat berpatutan. Bukan senang, tetapi ada.

Ini kerana, ramai pemilik asal jenama beg-beg ini biasanya memakai barangan ini selama lebih kurang beberapa bulan, mungkin setahun dan kemudian akan dijadikan barangan Pre-Loved dan dijual kembali dengan harga yang lebih murah.

Ada bebrapa lokasi Pasar Karat yang ada di Tokyo, Osaka dan Sapporo (lokasi yang kami pernah tahu) ada menjual banyak beg dan pakaian berjenama dengan harga yang murah dan jackpot. InsyaALlah, ada rezeki kami nak selam lagi ke sana.
 

Cara Nak Check Beg Gucci Original

Cara Nak Check Beg Gucci Original

 
Asas untuk check keaslian beg berjenama mewah ini ada banyak checklistnya. Sebagai orang yang masih amatur, kami kongsi beberapa tips mudah yang kami tahu untuk melihat dan memastikan produk yang anda jumpa adalah betul-betul legit dan original.

Pertama – sekali ialah wash tag. Jenama mewah dengan harga mahal pasti akan ada trademark wash tag mereka yang lebih kemas dan jelas.

Kedua – nombor siri yang jelas, menyakinkan bahawa kod tersebut adalah untuk model tersebut dan boleh disemak secara online.

Ketiga – kualiti kulit, kain, jahitan produk mewah pasti lebih premium dan kemas.

Keempat – ketahanan, kebiasaannya produk mewah akan tahan dan tidak mudah rosak.

Kelima – warna produk lebih premium dan tidak mudah lusuh
 

Cara Nak Check Beg Gucci Original

Cara Nak Check Beg Gucci Original

Cara Nak Check Beg Gucci Original
 

Namun, ada beberapa lagi tips lain yang ada tersirat yang hanya pakar yang biasa dengan produk original ini sahaja yang akan tahu. Biasanya kalau dah biasa lihat dan pegang jenama mewah, anda akan lebih mudah kenal yang ia betul-betul asli.

Sebagai contoh, beg Gucci Monogram ini kami jumpa di jualan Pasar Karat dengan hanya harga RM5 sahaja. Setelah diperiksa, ternyata ia adalah beg Gucci Monogram Original dengan nilai semasa sekitar RM500.

Gucci adalah sebuah jenama mewah yang terkenal di seluruh dunia. Ia diasaskan pada tahun 1921 di Florence, Itali. Guccio Gucci, pengasasnya, mula menjual barang-barang kulit seperti koper dan beg tangan dengan logo kuda yang terkenal. Kini, Gucci dikenali dengan reka bentuk moden, kualiti yang tinggi, dan aura glamor. Produk-produk Gucci termasuk pakaian, aksesori, kasut, dan beg tangan yang dihasilkan dengan tangan mahir dan bahan-bahan berkualiti. Jenama ini terkenal dengan kombinasi warna-warna yang berani, rekaan yang inovatif, dan logo ikonik dua huruf “G” yang menjadi tanda pengenalan jenama. Gucci merupakan simbol status dan gaya hidup mewah, dan telah menjadi pilihan ramai selebriti dan penggemar fesyen di seluruh dunia.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.