Site icon Travel Blogger Malaysia

Berita Baik Cara Bagaimana Pendaftaran Haji Melalui KWSP

Ada Berita Baik kepada semua umat Islam di Malaysia. Ini adalah perkongsian tentang Cara Bagaimana Pendaftaran Haji melalui KWSP. Ia sesuatu yang boleh kita ikut dan buat dengan segara.

Apa yang dimaksudkan dengan Pendaftaran Haji Ahli KWSP?

Ia adalah satu kemudahan yang membolehkan seseorang ahli KWSP yang mempunyai
simpanan KWSP membuat pendaftaran Haji dengan Lembaga Tabung Haji tanpa perlu
mendepositkan simpanan minimum sebanyak RM1, 300.00 dalam akaun Tabung Haji.

Baca : Berita Tentang KWSP

 


Cara Bagaimana Pendaftaran Haji melalui KWSP

PENDAFTARAN HAJI MELALUI KWSP

Adakah melalui kemudahan ini ahli boleh mengeluarkan simpanan KWSP mereka?

Tidak. Ahli KWSP tidak boleh mengeluarkan simpanan KWSP mereka kerana kemudahan ini
bukanlah satu jenis pengeluaran. Kemudahan ini hanya bertujuan untuk
pendaftaran bagi mendapatkan giliran mengerjakan haji. Ia juga bukan bertujuan
untuk membiayai ibadah haji itu sendiri.

Memandangkan simpanan KWSP bagi maksud tersebut masih kekal di KWSP, maka simpanan ini akan menerima dividen KWSP seperti biasa.

Siapa yang layak menyertai kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP
Ahli KWSP yang layak adalah seperti berikut:

Warganegara Malaysia/Pemastautin
– Beragama Islam
– Mempunyai simpanan KWSP dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM1,300.00
– Belum mencapai umur 55 tahun
– Mempunyai akaun simpanan Tabung Haji

Bagaimana untuk memohon Pendaftaran Haji Ahli KWSP
– Ahli KWSP perlu hadir di mana-mana cawangan Tabung Haji, Bank Rakyat & Bank Islam
yang berhampiran dengan membawa MyKad & Penyata Ahli KWSP.

Nota:
Ahli perlu membuka akaun simpanan di Tabung Haji terlebih dahulu (jika belum)

Di mana ahli boleh mendapatkan Penyata Ahli KWSP ?

Ahli boleh mendapatkan Penyata Ahli KWSP daripada:
Mana –mana pejabat KWSP yang berhampiran
Kios KWSP
Laman web KWSP (pengguna & i-Akaun)
Penyata Tahunan Ahli KWSP yang dikirim melalui mel

Bolehkah ahli membuat pendaftaran haji di bawah kemudahan ini bagi pasangan (suami isteri) atau ibu bapa atau anak-anak ahli?
= Tidak. Kemudahan ini
hanya bagi pendaftaran individu ahli sahaja.

Bila kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP

Pendaftaran Haji Ahli KWSP berkuatkuasa mulai 01 Januari 2012.

Bolehkah Pendaftaran Haji Ahli KWSP dibatalkan?
= Boleh. Terpulang kepada ahli KWSP.

Bolehkah ahli yang berumur 55 tahun ke atas menggunakan kemudahan ini?
= Tidak boleh, hanya ahli yang berumur di bawah 55 tahun layak menggunakan kemudahan ini.

Mengapa ahli yang berumur 55 tahun ke atas tidak layak menggunakan kemudahan ini?
= Pada umur 55 tahun, ahli boleh mengeluarkan kesemua simpanan KWSP pada bila-bila masa. Oleh itu, mereka bolehlah membuat pendaftaran sendiri dengan Tabung Haji.

Adakah pendaftaran haji KWSP ini membolehkan ahli mengerjakan ibadah haji lebih cepat berbanding prosedur sebelum ini?
= Tidak, pemergian haji ini masih tertakluk kepada sistem giliran mengerjakan haji.

Bolehkah ahli yang telah mendaftar haji dibawah prosedur Tabung Haji sebelum ini menukarkannya kepada kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP tanpa melibatkan
pertukaran tarikh giliran haji yang telah diberi sebelum ini?
= Boleh. Ahli KWSP yang telah mendaftar haji di bawah prosedur Tabung Haji sebelum ini boleh menukarkannya kepada kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP dan tahun peruntukan haji kekal seperti sedia ada.

Manakala wang pendaftaran haji RM1,300.00 sebelum ini akan dicairkan. Buat masa ini,
pertukaran ini hanya boleh dibuat di mana-mana cawangan Tabung Haji sahaja.

Adakah pendaftaran haji ini terjejas sekiranya ahli membuat pengeluaran kesemua simpanan KWSP seperti Pengeluaran Hilang Upaya atau Pengeluaran Pekerja Berpencen?
= Pendaftaran Haji tidak terjejas dan kekal seperti sedia ada.

Bolehkah ahli yang membuat Pengeluaran Hilang Upaya diberi keistimewaan untuk menunaikan haji lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan dengan syarat mereka mempunyai simpanan yang mencukupi?
= Tidak, pemergian haji ini masih tertakluk kepada sistem giliran mengerjakan haji.

Bolehkah ahli KWSP mengeluarkan simpanan KWSP bagi tujuan membiayai kos keseluruhan menunaikan ibadah haji?
= Tidak boleh. Simpanan KWSP adalah simpanan persaraan. Bagaimanapun, di bawah kemudahan ini, ahli boleh membuat pendaftaran bagi mendapatkan giliran mengerjakan haji.

Aku jumpa Syarat-syarat bagi membuat pendaftaran Haji bagi ahli KWSP yang baru-baru ni
diberitakan dalam media-media semasa.

Sesiapa yang berminat untuk dapatkan kemudahan pendaftaran Haji melalui KWSP ini, boleh lah merujuk kepada soalan di atas dan info bergambar ini atau layari laman web KWSP.gov.my

Terima kasih.

MrJocko.com

Exit mobile version