Bagaimana Pengiraan Pinjaman Kereta Saya
|
MrJocko tertarik dengan penerangan yang dikeluarkan oleh pihak BNM berkenaan ‘Bagaimana Saya Boleh Membiayai Pembelian Kereta Saya’. Mulanya MrJocko ingat, BNM nak bagitahu kat mana MrJocko boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli kereta, tetapi rupanya, cara mudah untuk pembeli mengira pembayaran pinjaman kereta.
Apa pun, isi kandungannya amat menarik, simple dan mudah difahami. Bagaimana nak kira pembayaran pinjaman kereta dengan mudah. Seperti contoh yang diberi, jumlah pinjaman akan di ‘kali’ kan dengan kadar bunga dan di ‘kali’ kan lagi dengan berapa tahun pinjaman dibuat.
Secara mudah pengiraan pinjaman kereta ini :-
Jumlah Pinjaman X Kadar Bunga X Jumlah Tahun = Jumlah Faedah Yang Dikenakan.
Jumlah Pinjaman + Jumlah Faedah Yang Dikenakan = Jumlah Pembayaran.
Jumlah Pembayaran / Berapa Bulan = Jumlah Ansuran Bulanan
Mudahkan, senang kita nak faham. Tapi kalau nak tahu pengiraan sebenar bagi pembiayaan pinjaman kereta korang, sila rujuk bank atau institusi kewangan yang korang ambik. 🙂