Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Bahaya Bermain Dengan Buaya Di Namuang Safari Park Samui

Koh Samui bukan sahaja terkenal dengan pulau yang cantik, pantai yang memutih serta air laut yang membiru, tetapi juga terkenal dengan aktiviti pelancongan lain yang boleh tetamu negara Thailand ini terokai dari dasar laut hingga ke puncak bukit. Antara yang popular ialah menikmati kehebatan Pertunjukan Bahaya Bermain Dengan Buaya Di Namuang Safari Park Samui.

Kolam buaya yang bersaiz agak besar ini menempatkan beberapa ekor buaya bersaiz besar untuk tatapan umum dan pelancong yang berkunjung ke sini, Namuang Safari Park Koh Samui. Hampir setiap hari akan ada pertunjukkan selama sekitar 30 minit khas buat pengunjung mengikut masa dan jadual yang ditetapkan.

Baca : Aktiviti Menarik di Namuang Safari Park Koh Samui Animal Park

 


Pertunjukan Bahaya Bermain Dengan Buaya Di Namuang Safari Park Samui

Pertunjukan Bahaya Bermain Dengan Buaya Di Namuang Safari Park 08

Pertunjukan Bahaya Bermain Dengan Buaya Di Namuang Safari Park 01
 

Satu kolam khas dibina untuk pertunjukan. Penjaga Buaya akan membawa beberapa ekor buaya yang terlatih untuk membuat persembahana di sini. Ada beberapa aksi yang agak merbahaya, dan perlu diingat, ia hanya boleh dilakukan oleh pelatih yang mempunyai pengalaman sahaja.

Aksi berbain dengan buaya di Kolam Buaya ini memang agak memukau. Bayangkan, jika ada sedikit sahaja kesilapan, nahas jadinya akan menjadi malapetaka kepada penjaga buaya tersebut.

Oleh yang demikian, beberapa peraturan perlu pengunjung ikut ketika menyaksikan persembahan ini termasuk, tidak membuat bising yang melampau yang boleh mengganggu konsentrasi penjaga buaya dan buaya.
 

Pertunjukan Bahaya Bermain Dengan Buaya Di Namuang Safari Park 02

Pertunjukan Bahaya Bermain Dengan Buaya Di Namuang Safari Park 03

Pertunjukan Bahaya Bermain Dengan Buaya Di Namuang Safari Park 04

Pertunjukan Bahaya Bermain Dengan Buaya Di Namuang Safari Park 05

Pertunjukan Bahaya Bermain Dengan Buaya Di Namuang Safari Park 06

Pertunjukan Bahaya Bermain Dengan Buaya Di Namuang Safari Park 07
 

Rata-rata pengunjung yang telah menyaksikan pertunjukkan buaya di Namuang Safari Park ini (Crocodile Show Namuang Safari Park) memberikan feedback yang sangat bagus. Ramai yang tidak menyangka, kolam buaya yang agak biasa ini boleh memberikan persembahan yang menarik, bertaraf antarabangsa kepada penonton.

Tidak hairanlah, kalau ramai pengunjung yang datang ke Koh Samui, pasti akan ambil masa untuk singgah di sini untuk santai bersama alam semulajadi, selain daripada aktiviti pantai seharian.

Pastinya, untuk anda yang merancang bercuti ke Koh Samui, boleh plan ke sini dengan penerbangan terus Bangkos Airways dari KLIA ke Samui International Airport Thailand. Tempah tiket anda di sini ya Bangkok Airways Online

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.