Travel Blogger Malaysia MrJocko, Wanderlust, Food Review, Hotel Review, Gadget Review, Best Destinations

G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Koleksi Baju Hard Rock Cafe Uyeno-Eki Jan 2020

Tshirt yang cantik dari HRC sememangnya menjadi pilihan ramai pelancong ke Jepun. Di Tokyo sendiri, ada 3 outlet Hard Rock Cafe. Hari pertama kami di Tokyo kali ini, kami singgah untuk melihat sendiri beberapa helai Koleksi Baju Hard Rock Cafe Uyeno-Eki Jan 2020 yang dijual di sini.

Sempena dengan jualan Winter Sale, Hard Rock Cafe Ueno juga turut menjual T-Shirt HRC ini dengan tawaran harga beli 3 helai percuma 1 helai. Satu lagi promosi hebat, jualan koleksi terhad baju Hard Rock ini dengan hanya berharga JPY2000 sahaja (MYR80).

Baca : Baju T-Shirt Hard Rock Cafe Jepun

Koleksi Baju Hard Rock Cafe Uyeno-Eki Jan 2020

Koleksi-Baju-Hard-Rock-Cafe-Ueno

Koleksi-Baju-Hard-Rock-Cafe-Ueno-Jan-2020-01

Koleksi-Baju-Hard-Rock-Cafe-Ueno-Jan-2020-02
Baju Hard Rock Cafe Vintage

Koleksi-Baju-Hard-Rock-Cafe-Ueno-Jan-2020-05
 

Mungkin ramai yang pernah melancong ke Tokyo akan singgah di HRC Uyeno-Eki kerana ia terletak di dalam stesen keretapi terkenal Ueno. Jaringan pelbagai keretapi, subway dan lrt berkumpul di sini dan ia antara pusat perjumpaan ramai penduduk setempat dan juga pengembara.

Sebab apa? Sebab di kawasan Ueno ini, ada banyak tarikan termasuk shopping mall, pasar membeli-belah, kedai makanan halal untuk orang Muslim dan juga tarikan seperti Ueno Park.

Secara peribadi, koleksi TShirt di HRC Uyeno-Eki kali ini tidak punya banyak pilihan yang cantik di mata saya. Rekaan yang vintage seperti gambar yang dikongsi, tidak la menonjol sangat. Lagipun, harganya tidak la murah.

Namun, ada beberapa rekaan T-Shirt yang memang cantik dan pasti akan menjadi pilihan pengumpul koleksi baju Hard Rock Cafe.

Koleksi-Baju-Hard-Rock-Cafe-Ueno-Jan-2020-03

Koleksi-Baju-Hard-Rock-Cafe-Ueno-Jan-2020-08

Koleksi-Baju-Hard-Rock-Cafe-Ueno-Jan-2020-09
 

Memandangkan, kami akan ke sini lagi dalam beberapa hari, untuk kali ini hanya sekadar lihat-lihat sahaja. Kena la berkira-kira bajet dahulu sebelum nak beli apa-apa sebab hanya bawa modal yang terhad. Kalau ada duit yang banyak, tak ada hal setakat sehelai dua :).

Baju Hard Rock Cafe Uyeno-Eki Tokyo yang sebelum ini saya beli hanya 1 helai sahaja. Mungkin kali ini, saya pun cadang nak beli sehelai lagi untuk buat koleksi terbaru.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.