Baju Inner Lelaki Untuk Musim Sejuk Uniqlo
|Orang Malaysia memang ramai yang suka travel ke luar negara pada musim winter. Musim sejuk seperti ini antara pilihan masa yang sengaja dipilih sebab nak rasa sendiri kesejukkan salji dinegara empat musim. Sebab nak rasa selesa, ketika musim winter, saya cadangkan anda pakai Baju Inner Lelaki Untuk Musim Sejuk Uniqlo.
Nota : Ini Bukan Advertorial Berbayar Dari Jenama Uniqlo
Setakat memakai baju sejuk (winter coat) sahaja tidak memadai. Kita yan gsudah biasa dengan udara panas, bila ke tempat sejuk, akan rasa lain. Kalau tidak kena cara dan pemakaian yang sesuai, kulit akan menjadi kering, hujung kaki akan rasa sejuk, kebas dan akan buat anda tidak selesa dalam suhu sejuk.
Baca : MrJocko dan Melancong Musim Sejuk
Baju Inner Lelaki Untuk Musim Sejuk Uniqlo
Memakai pakaian yang tebal tidak menjanjikan anda akan sentiasa panas didalam. Bukan semua pakaian tebal akan perangkap haba. Jadi pastikan anda memilih pakaian winter yang betul-betul sesuai.
Saya memang syorkan anda memakan pakaian dalam seperti Inner Tutup Leher seperti ini, produk dari Uniqlo. Ia mempunyai inner untuk seluar dan juga baju, rasanya cukup untuk suhu cuaca sekitar 10°C ke atas. (Sila Semak Informasi). Ia banyak membantu saya ketika melancong ke Hokkaido dan juga Chiba di Jepun.
Harga untuk satu baju inner tutup leher lelaki ini, satu pcs berharga sekitar RM79.90 (setakat entry ini ditulis) dipadankan dengan seluar inner harga yang sama, RM79.90. Korang boleh pakai seluar jeans dan juga TShirt dan Winter Coat sesuai untuk memanaskan badan.
Tidak perlu memakai baju yang tebal lebih-lebih lagi baju kulit yang berat kerana dalam beberapa keadaan ia tidak sesuai dengan suhu sejuk tersebut. Ada banyak Thermo Suit yang dijual di pasaran yang lebih ringan dan tahan suhu sehingga 5°C, ini memudahkan kita untuk bawa ke mana-mana.
Pilih Jacket atau Coat Uniqlo pilihan anda di sini.
Untuk anda yang nak lebih style, boleh dapatkan koleksi baju winter atau thermal coat yang 2 side. Bahagian luar dan bahagian dalam boleh dipakai, jimat ruang bagasi dan lebih mudah untuk travel.