Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Bakat Muda Bola Sepak Malaysia Latihan Intensif Di United Kingdom

Bakat Muda Bola Sepak Malaysia Latihan Intensif Di United Kingdom

Program latihan 1MCC Astro Kem BOLA telah mengenal pasti dan membawa seramai 32 pemain muda yang berpotensi besar dalam sukan bola sepakmenjalani latihan intensif di Cardiff, United Kingdom bermula dari 14 hingga 24 Mac 2014. Para pemain pelapis yang berumur antara 11 hingga 13 tahun ini telah menjalani latihan profesional dibawah seliaan barisan jurulatih berpengalaman dari Kelab Bola Sepak Cardiff City.

Sepanjang 10 hari mereka di sana, mereka telah menjalani latihan menyeluruh yang merangkumilatihan di atas padang, pengajian kepimpinan dalam bidang sukan serta lawatan ke sekolah danstadium. Selain itu, mereka pasti tidak dapat melupakan pengalaman terindah yang diperolehi disana apabila mereka berpeluang untuk menyaksikan perlawanan bola sepak secara langsung diantara dua kelab gergasi iaitu Cardiff City menentang Liverpool pada hari Sabtu yang lepas.

1MCC – Astro Kem BOLA anjuran Astro Kasih dengan usahasama 1 Malaysia Cardiff City (1MCC) Football Academy ini telah bermula dari tahun 2012 dengan tujuan untuk membukapeluang kepada bakat-bakat muda merasai pengalaman menjalani latihan bersama jurulatihprofessional dan memberikan pendedahan di peringkat antarabangsa di samping terus membantuserta memupuk para pemain muda ini dalam meningkatkan kemahiran bola sepak mereka.

Proses pencarian bakat yang bermula dari bulan Ogos tahun lepas ini menyaksikan seramai 2,722 orang peserta mendaftarkan diri bagi menyertai kem pemilihan yang telah diadakan di enamlokasi seluruh Malaysia. Setelah menjalani sesi pemilihan dan ujian yang ketat di kem latihanlanjutan, seramai 32 peserta lelaki dan perempuan terbaik berjaya melayakkan diri untukmenjalani latihan intensif selama 10 hari di Kelab Bola Sepak Cardiff City.

James Barnett, Ketua Jurulatih 1MCC berkata, “Kesemua peserta Kem Bola ini seharusnyaberbangga atas pencapaian cemerlang mereka sepanjang berada di Cardiff. Dalam masa yangagak singkat ini, mereka mampu untuk mempertingkatkan kemahiran mereka dari pelbagaiaspek. Selaku jurulatih, saya berasa sangat berbesar hati melihatkan kemajuan luar biasa olehsetiap peserta. Saya berharap mereka akan berkongsi segala pengalaman dan pengetahuan baruyang diraih bersama keluarga dan rakan-rakan serta terus bekerja keras untuk mencapai impianmereka”.

Mohd Aiman Afif bin Md Afizul, selaku ketua pasukan 1MCC-Astro Kem BOLA yang berasaldari Kedah berkata, “Saya menggemari sukan bola sepak sejak dari kecil lagi dan hari inimerupakan hari yang sangat bermakna apabila saya berpeluang untuk menjalani latihan di Cardiff. Pelbagai ilmu yang saya pelajari sepanjang di sini terutamanya mengenai latihankemahiran, cara membuat hantaran yang tepat dan kawalan bola yang sempurna. Saya pasti tidakakan lupakan segala pengalaman dan tunjuk ajar dari jurulatih-jurulatih di sini”.

“Saya berasa bangga kerana terpilih menjadi salah seorang daripada 32 pemain terbaik di Malaysia untuk program ini. Saya berasa sangat gembira kerana barisan jurulatih di sinimemberikan layanan yang baik. Mereka sentiasa memberikan tunjuk ajar dan panduan kepadakami setiap kali sesi latihan. Saya berharap agar program seperti ini dapat diteruskan dan lebihramai lagi rakyat Malaysia dapat menyertai program latihan seumpama ini”, kata Siddarsha a/p Siva Kumar, 13 tahun dari Melaka.

Program latihan 1MCC – Astro Kem BOLA tahun ini turut menerima penyertaan seorangpelajar, Hellma Emily Joinin (12 tahun) dari SK Magandai iaitu sebuah sekolah luar bandar yangmenerima bantuan dari Astro melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusiprojek Hostel Astro Kasih. Beliau ternyata berbangga atas pencapaiannya dan teruja atas segalailmu pengetahuan serta pengalaman baru yang diperolehi.

“Saya sangat berpuas hati kerana tunjuk ajar yang diberikan semasa latihan di dalam kelas dan diatas padang adalah sangat jelas dan agak berbeza dengan cara latihan di Malaysia. Sepanjangberada di Cardiff, kami menjalani latihan di House of Sport yang lengkap dengan peralatan bolasepak serta dilatih oleh barisan jurulatih professional. Mereka juga mengajar kami untuk sentiasafokus semasa permainan, sentiasa berdisiplin dan saling tolong-menolong antara satu sama lain”,jelas beliau.

Bakat Muda Bola Sepak Malaysia

32 YOUNG MALAYSIAN FOOTBALLERS UNDERGO INTENSIVE TRAINING IN CARDIFF, UK

32 YOUNG MALAYSIAN FOOTBALLERS UNDERGO INTENSIVE TRAINING IN CARDIFF, UK

Latihan Intensif Di United Kingdom

32 YOUNG MALAYSIAN FOOTBALLERS UNDERGO INTENSIVE TRAINING IN CARDIFF, UK

32 YOUNG MALAYSIAN FOOTBALLERS UNDERGO INTENSIVE TRAINING IN CARDIFF, UK

Glamorous MrJocko

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.