BALI Trip – Memori Part 2
|
Seawal kul 7.30am kami dah siap. Trus ke Cafe utk bfast. Complimentary dr Hotel. Standard la tu. Lps chup tempat aku g survey dulu, confirm, kami kena makan roti & buah jer. Pasal sebelah sana memang terhidang “Pork Bacon”. Walaupun dlm bekas asing, kena careful. Eiii, susah nak makan kalau gini. Aku ambik roti + jem. Pastu ambik cereal + susu. Kopi, trus duduk. Wife aku pun sama. Taknak lebih2 takut tersalah ambik. Makan ala kadar jer. Pasni kalau lapar baru cari makanan lain.
Dr hotel kami trus gerak jam 8.30am. Dr Kuta kami lansung ke Sanur. Kat sini byk kilang2 pembuatan Emas dan Perak. Kira kualiti tinggi. Cuma aku prasan design yg ader agak ketinggalan. Kualiti hasil kerja tangan memang asli dan unik. Cuma design not up to date. Tp, aku tgk wife aku, rambang mata. Smua nak, kiri, kanan, atas bawah smua buat mata dia bersinar-sinar.
Dr situ, kami ke UBUD. Kami singgah ke pusat lukisan di sebuah kampung. Nama tempat lukisan tu SEMAR KUNING 1, antara salah satu pusat lukisan asli di UBUD. Yg frustnya, gambar2 hanya bleh di ambik kat luar jer. Kat dalam, langsung tak bleh. Diorang nak jaga gak idea asal lukisan diorang. Tak nak org PLAGIAT (pinjam ayat Mya).
Aku memang suka seni. AKu gak kagum. Hasil sungguh halus bro. Korang bleh tgk satu2 diorang lukis setiap inci begitu jelas. Tak heran la, ader satu lukisan tu, size 8′ X 6′ harga mencecah USD50,000. Lukisan bertema kan Tarian Barongan. Kira tema adat resam org Bali.
Byk lukisan sini, based kpd nature kehidupan masyarakat Bali yg berugama Hindu. Kisah Rama & Sita, Kechak Dance dan Barong Dance. Yg lain lukisan burung, serta abstrak pun ader, tp tak semahal lukisan tema keugamaan Hindu. Mula2 memang nak beli, tp makin lama tgk rasa cam mahal lak. Sekitar Rupiah 300,000. Ermmm,,, lain kali la kot.
Dr Ubud, kami singgah jap kat Restoran Bebek Bengil. Restoran ni memang popular di Bali. Khabarnya, Presiden SBY pun sanggup datang ke Restoran tu semata2 nak makan Bebek Bengil. Lupa lak nak bgtau, Bebek tu adalah ITIK KAMPUNG, kaler Hitam. Pastu Bengil cara masak dia goreng menu istimewa kot. Tetapi HALAL. so jadik la Bebek Bengil. Nama lain bg menu ni adalah Dirty Duck Diner. Pasal nak merasa aku n wife beli la satu portion, tapau utk lunch kat Kintamani. Tak silap aku harganya Rupiah 70,000 utk half portion. Mahal jugak nyer. Kalau di sini kira setaraf Ayam Kampung.
nuffnang_bid = “7daffbbf82619fe523c23a8655fd2ee8”;
Pasal kami dah lewat, trus pecut ke Kintamani, kira2 40 minit lagi ke sana. Sib baik la kat Bali tak der jam. Pastu, jalan agak cantik walaupun kawasan kampung. Sepanjang jalan si Mario, slaku Tour Guide aku, citer pasal sejarah Gunung Batur dan Tasik Batur area Kintamani ni. Aku layan jer, citer menarik, tp pasal ngantuk punya pasal. Sib baik ingat gak sikit2 apa yg aku dgr tu walau dlm keadaan mamai.
Kami sampai di Kintamani waktu Lunch. Sekitar kul 1.30pm. Sbelum apa2 aku teruja gak la tgk Gunung Batur, salah satu Volcano yg masih aktif di Bali. Paling unik, gunung Batur ni punyai 3 puncak. Hanya puncak yg paling rendah jer bleh kluarkan lava buat masa ni. Dr restoran Maharaja, tempat kami lunch, bleh nampak gunung Batur dgn cantik skali. Masih ader kesan lava di sekitar gunung. Sebelah kanan kami pulak, Tasik Batur, merupakan tasik terbesar di Bali. Di sini aku agak sumber air dan ikan bagi penduduk setempat.
Dah puas di Kintamani, kami trus turun ke Uluwatu. Di situ ader Cliff Temple. Memang femes, kerana di sini la terdapat Kechak Dance. Tarian yg diasaskan dr citer Rama dan Sita. Korang nak tau citer tu, korang google la sendiri yer? Memang best gak la. Citer ala2 Teater, tp di buat secara terbuka di sekitar luar temple, atas bukit, persisir laut yg semestinya punyai pemandangan yg cukup cantik. Kena plak time tu start show jam 6.00pm. Selama 1 jam, bersama2 dgn pemandangan Sunset yg sangat cantik. Jadi, kalau ke Bali, tak sah kalau tak tgk Kechak Dance. Anggap itu show, sama seperti korang tgk Mak Yong & Wayang Kulit di Kelantan, Ulik Mayang di Terengganu serta Kuda Kepang di Johor.
Dah abis show, malam dah bermula. Kami menyusul ke Jimbaran, pusat komuniti masyarakat Bali menjual hasil2 laut. Nak beli yg mentah pun boleh. Tp, kebanyakkan tourist akan pilih makan di situ. Byk restoran di persisir pantai. Suasana cukup romantik. Sesuai sgt utk Honeymoon. Dgn lampu pelita, samar2 di sebelah kiri adalah lampu2 cantik dr hotel2 berdekatan. Sebelah kanan pulak lampu2 dr runaway airport Ngurah Rai. Di hadapan mengadap Lautan Hindi yg tidak terlalu kuat. Wahhh, tak leh nak citer dgn perkataan.
Agen kami dah tempah seat kat Gekko Cafe. Menu asal kami adalah seafood. Udang, Ketam, Sotong, Ikan dan jugak sedikit sayur. Tp memandangkan wife aku dah lama nak makan Lobster, kami tambah extra menu. Kami cuba utk rasa menu Lobster di Jimbaran, Bali. Agak mahal, tp aku rasa, masih murah berbanding di KL. Rupiah 700,000 utk set kami berdua. Memang berbaloi skali skala makan sedap. Trus lupa my kids kat umah. Hehehe. Sorry yer Khalish & Hasya, Daddy n Mummy kan tgh Honeymoon.
Dah masuk jam 9.00pm baru kami balik ke hotel. Utk mlm ni, aku dah booked Massage & Spa kat hotel. 1 jam jer. Bila lagi nak try kan. Lps simpan brg2 kat bilik, kami trus ke Sukha Spa. Daftar kejap trus masuk ke bilik. Aku n Wife. Ermmm… sungguh relaks. Aku sampai nak tertido masa kena urut. Aku satu bilik dgn wife. Ambik Honeymoon Pakej. Takyah nak duk jauh2. Sejam memang tak cukup. Tak puas. Balik bilik trus ingat bantal jerk. Satu badan rasa ringan, ni esok nak kena try skali lagi ni.