Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Balik Kampung Untuk Hari Raya Aidilfitri 2015 MrJocko

Hari Raya Aidilfitri 2015, tahun ini MrJocko sambut di Kampung Tualang Tinggi. Seperti biasa, bila tiba tahu kiraan ganjil, giliran beraya di sebelah Kampung MrJocko dan sebaliknya beraya Hari Raya Aidiladha di kampung sebelah Wife.

Masa balik raya hari itu, kami gerak seawal jam 4.00 pagi dari rumah, Rabu 15 Julai 2015. Singgah sahur, kemudian jam 5.00 pagi baru meneruskan perjalanan mengikut jalan biasa, KL – Karak – Bentong – Raub – Kuala Lipis – Merapoh – Gua Musang – Kuala Krai – Machang dan Selising.

Perjalanan balik kampung hari raya Aidilfitri kali ni juga memakan masa yang agak lama, 12 jam lamanya. Jam 5.00 petang, kami sampai di Pekan Selising.

 

 

balik-kampung-raya-puasa balik-kampung-beraya-02

 

 

 

Sepanjang jalan balik kampung raya Aidilfitri kali ini MrJocko lihat, jalan raya dari Bentong menuju Gua Musang dan dari Gua Musang menuju ke Machang sudah banyak yang elok dan tak banyak lubang-lubang seperti beberapa tahun dulu. 

Lebih menarik bila ada beberapa highway baru sedang dalam pembinaan dan ada yan gdah siap seperti Lebuhraya CSR dari Kuala Lipis menuju ke Merapoh. Harap pembinaan lebuhraya ini akan siap dengan lebih cepat tanpa sebarang masalah. Banyak faedah dan kebaikkan untuk pengguna setempat, perantau seperti MrJocko serta peluang tarikan pelancong untuk datang ke Kelantan jika jalanraya siap dengan baik.

Perjalanan kali ini memang tidak banyak kemalangan yang berlaku, cuma ada beberapa kerosakkan kecil dan jalan sempit dibeberapa kawasan. 

Apapun pengalaman balik kampung di musim raya seperti ini antara asam garam perantau seperti MrJocko. Kalau jem teruk pun, setahun sekali. Apa ada hal?

Selamat Balik Kampung. Semoga selamat pergi dan pulang di musim perayaan ini. 🙂

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.