Site icon Travel Blogger Malaysia

Bangkok Tree House Resort Tersembunyi Di Tengah Kota Bangkok

Namanya agak popular, tetapi ia seakan tersembunyi. Inilah dia lokasi Bangkok Tree House Resort Tersembunyi Di Tengah Kota Bangkok. Pertama kali sampai di sini dah buatkan perasaan Wow!!! yang memukau. Di tengah hutan paya bakau persisir Sungai ChaoPhraya, terbina resort moden yang unik dan lokasi honeymoon best untuk semua.

Bangkok Tree House ini lain sikit dari resort lain yang pernah MrJocko lawati. Ia merupakan resort yang melekat kepada alam semulajadi. Untuk yang sukakan kesunyian dari hiruk piruk bising bandar, ini lokasi untuk anda. 

Bangkok Tree House di Samut Prakan

 

bangkok tree house thailand

 

Kalau nak ke sini, anda boleh pilih untuk menggunakan bot atau dengan kenderaan sewaan khas atau teksi. Tak jauh sebenarnya dari kota Bangkok. Hanya seberang Sungai Chaophraya. Namun, tak ramai lagi yang tahu destinasi romantik ini.

Kalau mengikut senibina bangunan dan lokasi, ia memang khas untuk golongan yang honeymoon atau pengembara yang sukakan kedamaian dan alam semulajadi. Kalau ikut dari pemerhatian, tidak ada TV disediakan di bilik hotel ini. Anda perlu nikmati alam semulajadi dengan pemandangan menghadap Sungai Chaophraya.

 

 

 

Ada ruang cafe untuk semua tetamu hotel. Ada ruang untuk sarapan pagi, lunch dan juga ruang romantik bila tiba waktu malam. Kalau menginap di sini, pasti pengalaman berbeza dari pengalaman dari hotel atau resort lain yang pernah anda cuba.

 

Baca : Tempat-Tempat Menarik di Thailand

 

Lihat contoh bilik ini. Nampak seperti bilik asas sahaja. Ini satu kelainan yang ditawarkan kepada tetamu Bangkok Tree House di Thailand. Ini semestinya citarasa pengembara dari Eropah yang memang sukakan keindahan alam semulajadi.

Majoriti yang menginap di sini, nampaknya golongan yang agak senior. Mungkin ini menjadi pilihan mereka untuk menikmati keindahan alam yang ada di persisir Sungai Chaophraya.

 

Baca : Aktiviti Best di Asiatique Bangkok Thailand

 

Bangkok Tree House mempunyai 4 jenis bilik untuk anda pilih. Ia terdiri dari Tree Top Nests, Bee Hive, The View with A Room dan Family Nest. Harga bilik di musim biasa bermula dari harga Baht3,900. 

Mereka mengekalkan ciri-ciri alam yang asli dan sebolehnya akan memberikan anda pengalaman seperti berada di tengah hutan paya bakau yang asli. Nak tahu lebih lanjut boleh layari :

Bangkok Tree House Thailand

Exit mobile version