Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Banyak Pilihan Di Pasar Ramadhan Jalan Telawi Bangsar

Semalam selepas selesaikan urusan kerja di Public Mutual Bangsar, MrJocko singgah di Pasar Ramadhan Jalan Telawi Bangsar. Memang kat sini antara Pasar Ramadhan yang banyak pilihan menu makanan di sini. Pelbagai pilihan memang nampak semuanya sedap.

Pasar Ramadhan Jalan Telawi ini sudah lama wujud dan antara lokasi pilihan setiap kali bulan puasa menjelma.

Pasar Ramadhan Jalan Telawi

Pasar Ramadhan Jalan Telawi Bangsar

Antara yang menarik minat untuk dijadikan menu berbuka dibulan puasa ialah Laksa yang nampak sangat original. Siap ada bunga kantan dan perencah lain. Nampak asli dari kampung, bau kuah pun memang menusuk kalbu.

Pasar Ramadhan Jalan Telawi Bangsar

Satu lagi yang menarik di Pasar Ramadhan Jalan Telawi ni, ada satu gerai jual pelbagai menu Bubur. Dari bubur kacang, bubur pisang, bubur lambuk dan macam-macam bubur. Bak kata orang, kalau korang peminat Bubur,,, gerai ni merupakan Syurga Bubur.

Pasar Ramadhan Jalan Telawi Bangsar
Pasar Ramadhan Jalan Telawi Bangsar

Pasar Ramadhan Jalan Telawi Bangsar

Dan seperti biasa di kebanyakkan gerai-gerai di Pasar Ramadhan yang lain sekitar Kuala Lumpur, gerai jual air tebu pun memang menjadi tumpuan. Harga dah memang standard, satu plastik ikat cuma RM5 sahaja. 

Kat sini banyak juga makanan lain yang menarik seperti Satay, Ayam Percik, Masakan Lauk Pauk Sarawak, Asam Pedas, kuih muih dan banyak jenis lagi. Kalau dah ada di sekitar Bangsar, mesti singgah Pasar Ramadhan di Jalan Telawi Bangsar, bersebelahan Bangsar Food Court.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.