Barang-Barang Dah Naik Harga
|Semalam hari Ahad, seperti biasa, sebulan sekali, MrJocko dan famili singgah di Pasaraya untuk beli barang-barang dapaur. Kalau dulu masa cuti sekolah, banyak makan kat luar, sekarang, nak kena jimat, kena banyak masak kat rumah. Sebab tu kena beli barang basah dan barang dapur untuk masak kat rumah. Nasib baik juga sekarang ni adik MrJocko ada kat rumah, jadi boleh tolong masak dan sebagainya.
Berbalik kepada cerita shopping di pasaraya, nak kongsi sedikit tentang kenaikkan barang-barang kegunaan seharian. Kalau dulu rasanya untuk separuh trolly seperti ini, kami habiskan dalam RM250-RM300 sahaja. Tapi semalam, untuk barang-barang yang hampir sama, kena bayar lebih dari RM350++.
Yang ketara rasanya Ayam, Daging dan juga Ikan. Buah anggur yang selalu MrJocko beli pun dah tak ada dah yang dijual dengan nilai RM8 sekilogram. Jus buahan, air kotak anak-anak dan beberapa barangan dapur lain pun rasanya naik juga, tetapi tak ketara. Tetapi secara kesimpulannya, boleh dikatakan banyak dah harga barang yang biasa kami beli naik dan nampaknya kos untuk barangan dapur kami pun semakin naik. Kena buat sesuatu ni.
So, nampaknya, untuk tahun 2014, kena kerja lebih keras, kena perlu lebih jimat dan kena pandai kawal kewangan seharian. Kalau dulu minum air teh tarik, sekarang minum Teh O, kalau dulu makan spageti, sekarang kena makan nasi campur dengan lauk seketul ayam.
Banyak lagi cara untuk berjimat, kena cari dan ubah sikit cara hidup. Nampaknya, diri sendiri, anak-anak dan keluarga semua kena berjimat. Letrik, Air dan barang-barang tidak perlu kena la kami kurangkan. Harap-harap dengan berjimat ini dapat membantu kami mengawal kewangan kami dengan baik.