Barang POSLAJU Kena Curi : Apa Nak Buat
|Semalam wife bagitahu yang barang yang dia order secara online telah sampai. Tetapi sayang bila tengok barang, ada yang tak cukup. Bila semak sekali lagi terlihat ada bahagian tepi yang sudah koyak dan ditampal salotape.
Kami syak, barang tersebut sudah kena curi.Bila call buyer, buyer kata dah hantar mengikut order dan katanya kemungkinan barang hilang di Poslaju. Macam nak lepas tangan sahaja? Alasan mudah.
Bila barang atau bungkusan hilang menggunakan POSLAJU, apa yang perlu kita buat? Ada kawan suggest untuk bawa ke Poslaju di Brickfield dan buat report. Rasanya itu sahaja yang boleh kami buat.
Hari Isnin ni nak ke Poslaju, nak tengok reaksi dan komen pihak poslaju. Kalau la macam ni, barang hilang, tak akan ada orang lagi yang nak guna servis Poslaju lagi. Sebab dah hilang kepercayaan.
Bukan sebab nak ganti sahaja, tetapi kami pengguna rugi masa dan juga tenaga nak selesaikan masalah yang bukan kami buat.Kita tunggu jawapan dari pihak Poslaju.
Glamorous MrJocko