Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Barang Sukan Decathlon Murah Dan Berbaloi Bandar Sri Damansara

Sebelum ni ramai tak kenal Decathlon. Tambah lagi, jenama ni tidak popular di Malaysia. Lokasi pula, disudut yang susah pengunjung nak singgah, di Bandar Sri Damansara. Tetapi selepas beberapa produk sukan yang mereka jual menjadi viral, ia menjadi famous. Ada banyak Barang Sukan Decathlon Murah Dan Berbaloi untuk anda beli.

Paling mencuri tumpuan adalah Bag Sandang Kecil Decathlon yang dijual dengan hanya RM10 sahaja untuk satu unit, tetapi kualitinya dijamin selama 10 tahun. Ini paling menjadi tumpuan dan cepat kehabisan stok.

Baca : Shopping Produk Perabut Murah dan Berkualiti di IKEA Mutiara Damansara

 



 

Shopping di Decathlon Malaysia

Barang Sukan Decathlon Murah Dan Berbaloi Bandar Sri Damansara
 

Setelah beberapa hari jadi viral, beg Arpenaz 10 ini mula dijual mengikut registration. Ramai sangat datang untuk beli sehinggakan Decalthon terpaksa membuat sistem registration supaya ia memudahkan semua pihak.

Hari ni pun, 15 Disember 2016, ramai pembeli beratur untuk membuat registration dan beratur untuk membeli bag Decathlon Arpenaz 10 ini. Setiap orang dibenarkan membeli maksima 10 unit sahaja. Harga Arpenaz cuma RM10 sahaja.

Itulah dia Bag Decathlon yang bernama Arpenaz 10

 

Arpenaz 10 Bag Arpenaz 10 Bag 01 Arpenaz 10 Bag

 

MrJocko dan family juga sudah ke Decathlon Malaysia. Kali ini, kami cuma shopping kasut, pakaian sukan, alatan goggles my kids dan beberapa barang sukan yang lain. Memang murah.

Next time boleh lagi ke sana untuk beli equipment basikal, alatan camping, baju untuk hiking, kasut sukan semestinya dan mungkin seluar mandi :). Bola, bola tenis, bola pingpong pun murah di Decathlon Malaysia.
 

Arpenaz 10 Bag Decathlon Arpenaz 10 Bag Decathlon Arpenaz 10 Bag Decathlon

 

Lihat apa yang kami beli. Semua di bawah ini kami bayar cuma RM310 sahaja. Jangan terkejut kerana ia memang murah dan berkualiti. Kasut sukan yang kami beli ni memang nampak biasa, tetapi comfort untuk running dan pakai hari-hari.

Ada masa, singgah la di Decathlon Malaysia. Kalau nak lagi best, jom beratur untuk beli beg Arpenaz 110 yang murah dan berkualiti :).

Updated : Kini ada banyak Outlet baru Decathlon termasuk di Decathlon Jalan Klang Lama dan juga di Decathlon Shah Alam dengan pelbagai produk sukan yang murah dan berkualiti.

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.