Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Bas Percuma Dari Narita Airport Ke Choshi Dan Kamogawa

Ada berita baik untuk semua pelancong yang berkunjung ke daerah Chiba, Jepun. Jika anda terbang dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, anda akan berpeluang menggunakan perkhidmatan bas percuma dari Narita Airport, bas pengantara (shuttle bus) menuju je bandar Choshi dan juga Kamogawa di Daerah Chiba.

Setiap tahun, Chiba Prefecture Government berkerjasama dengan beberapa pihak dalam membuat promosi untuk membawa pelancong singgah di Chiba dengan pelbagai kemudahan dan tawaran pelancongan termasuk pakej PERCUMA Bas dari airport Narita Airport  ini ke dua bandar utama di Chiba iaitu Choshi dan juga Kamogawa. Ia dikenali sebagai ChiBUStory.

Bas Percuma Dari Narita Airport ChiBUStory

 

Bas Percuma Dari Narita Airport

 

 

Bas Percuma Dari Narita Airport Ke Choshi Dan Kamogawa

Sepanjang kempen Bas Percuma ini, dari 17 September 2016 sehingga 31 Oktober 2016, semuan penumpang akan berpeluang menaiki bas percuma ini ke destinasi yang telah ditetapkan iaiti Choshi dan juga Kamogawa. Choshi adalah sebuah pekan berdekatan dengan pantai dan akti dalam industri perikanan dan juga pertanian, manakala bandar Kamogawa terkenal dengan lokasi taman tema SeaWorld Kamogawa, melibatkan industri pelancongan.

Dua laluan percuma ini, Choshi Route dan Kamogawa Route akan di sediakan dan akan mengikut jadual yang telah di sediakan. Oleh itu, jika anda ke Narita dan ingin melawat Chiba, jangan lupa untuk menaiki Bas Percuma Chiba ini untuk menjimatkan kos.

 

bas_percuma_narita_airport

bas_percuma_narita_airport bas_percuma_narita_airport

 

Ada banyak lokasi yang menarik di Chiba. Antara tempat menarik yang boleh anda lawati di Chiba ialah Disneyland, DisneySea, Mitsui Outlet Park, Shinsui Premium Outlet Park, SeaWorld Kamogawa, Fish Market dan banyak lagi.

Hanya memerlukan 1 jam perjalanan sahaja dari bandar Tokyo, anda boleh cuba untuk meneroka Chiba dengan harga yang lebih murah berbanding Tokyo. Boleh rancang perjalanan anda untuk ke Chiba dengan menaiki Bas, LRT atau juga memandu sendiri jika anda bisa dengan pemanduan di Jepun.

Selamat Melancong ke Chiba Prefecture. Kalau nak dapatkan info tentang Muslim Travel ke Chiba boleh baca ini http://www.mrjocko.com/2016/07/chiba-muslim-tourism-guide-halal-package.html

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.