Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Bas VIP KL Sentral KLIA2 Suasana Edaran Seat 2 + 1

Mereka yang nak jimat untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA atau KLIA2 pasti akan tidak akan menaiki keretapi KLIA Ekspres kerana tambang perjalanan satu hala sudah mencecah RM55. Jadi untuk jimat, apa kata cuba naik Bas VIP KL Sentral KLIA2 Suasana Edaran Seat 2 + 1 Sangat Selesa.

Ya sebelum ni memang ada perkhidmatan SkyBus, Airport Coach dan beberapa syarikat lain. Kali ni, mungkin anda nak cuba naik bas Suasana Edaran dengan tempat duduk VIP yang lebih luas dan selesa.

Bas KL Sentral KLIA2 Suasana Edaran

bas vip kl sentral klia2 suasana edaran 04 copy

bas vip kl sentral klia2 suasana edaran 03
Tempat Duduk VIP Bas KL Sentral – KLIA2 Suasana Edaran

Baca : MrJocko dan Lapangan Terbang

Kalau bas ke airport yang lain, tempat duduk mereka ada 4 seat. Yang ini, bas Suasana Edaran dari KL Sentral ke KLIA2 dan KLIA2 ke KL Sentral, mereka menyediakan bas bertaraf VIP dengan pilihan tempat duduk lebih selesa, hanya 3 seat.

Harga tambang bas Suasana Edaran KL Sentral ke KLIA2 ini cuma RM12, sama dengan harga bas lain yang menuju ke lapangan terbang.

bas vip kl sentral klia2 suasana edaran 01

Kalau dari KL Sentral, ia bergerak seawal jam 4.30 pagi dan berakhir pada jam 8.20 malam. Manakala bas dari KLIA2 menuju ke KL Sentral bergerak seawal jam 6.00 pagi dan berakhir pada jam 10.00 malam.

Perjalanan dari KL Sentral ke KLIA2 dan sebaliknya, biasa memakan masa selama 1 jam sahaja.

Saya sendiri belum berpeluang untuk menaiki bas airport Suasana Edaran dengan tempat duduk VIP ini kerana ia baru diperkenalkan pada bulan Mei 2019, kalau tak silap. InsyaAllah, kalau nak ke Airport selepas ini, teringin nak cuba naik bas VIP Suasana Edaran KL Sentral ke KLIA2.

Tiket Bas Suasana Edaran KL Sentral ke KLIA2 boleh dibeli dikaunter bas di bawah LG Floor KL Sentral atau Kaunter Bas KLIA2.

Memandangkan, beberapa kali naik bas RedBus, khususnya bas merah SkyBus, kualiti perkhidmatan mereka semakin menurun. Pernah satu ketika, penumpang menunggu sekitar 15 minit di dalam bas, tanpa ada penghawa dingin. Panas, ya memang panas!!!

Bas bukan rosak, sudah dibuka untuk penumpang naik, tetapi tidak menghidupkan enjin dan membiarkan penumpang berpeluh-peluh dalam bas. Sangat tak selesa.

Mungkin, ini masa untuk cuba bas lain pulak.

Maklumat tentang perkhidmatan bas ke lapangan terbang KLIA2, boleh semak di laman web rasmi mereka KLIA INFO BAS SERVICES

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.