Korang tahu tak, Bateri Sel Kering Kereta Tahan Berapa Lama? Semalam, bateri kereta Kia Forte MrJocko akhirnya sudah kehabisan POWER. Bateri sel kering kereta jenama Century DIN55L ini MrJocko beli dan guna sejak 9 November 2011 lagi. Bermakna, bateri sel kering kereta MrJocko bertahan sehingga 2 tahun 3 bulan.
Seingat masa beli, harga bateri sel kering ini sekitar RM220 sahaja. Oleh kerana sudah digunakan melebihi tempoh penggunaan biasa iaitu 1 tahun, ia bagaikan satu bonus kepada kereta MrJocko. Sangat berbaloi guna bateri kereta jenama ini.
Baca : Tempat Servis Kereta Murah Dan Cepat Di Kuala Lumpur
Bateri Sel Kering Kereta Tahan Berapa Lama
Memandangkan bateri jenis sel kering ini tak boleh di’recharge’, jadi bila powernya dah tiada, tiada pilihan lain melainkan buang sahaja dan perlu diganti dengan bateri kereta yang baru.
Jika ditanya bateri sel kering kereta bolen tahan digunakan sehingga berapa lama, MrJocko akan tetap cakap, setahun sahaja. Ini kerana rata-rata pengguna bateri sel kering boleh guna bateri tu dalam masa lebih kurang setahun. Cuma MrJocko jer guna sampai 2 tahun 3 bulan. Ia satu kes terpencil kot…
Ada yang lebih suka menggunakan bateri kereta sel basah dan ada yang suka guna bateri kereta sel kering. Terpulang kepada anda kerana anda apa persepsi masing-masing. Seeloknya, cari jenama bateri yang memang terbukti dan servis kenderaan anda dengan cara berkala dan mengikut jadual.
InyaAllah, kenderaan anda akan sentiasa berada di dalam kondisi terbaik. Itu kalau kebiasaannya. Kalau ada tiba-tiba malapetaka, tak boleh nak cakap apa.
Kalau di Malaysia, emergency pasal masalah bateri kereta boleh cuba layari http://bateriku.com
Nak beli kereta baru yang harga bawah RM100,000? Ini senarai 5 kereta sedan terbaik di Malaysia http://www.mrjocko.com/2014/01/kereta-sedan-terbaik-bawah-harga-rm100000.html
Bateri kereta kering atau sel kering lebih mudah dijaga kerana ia tidak memerlukan air bateri. Anda tidak perlu risau untuk menambah air bateri kerana memang tiada ruang untuk mengisi air bateri tersebut. Anda hanya perlu tukar kepada bateri yang baharu apabila jangka hayat bateri kereta kering ini habis. Jangka hayat bateri kereta kering ini adalah minimum setahun dan paling lama adalah dua tahun atau lebih bergantung kepada penggunaan kereta dan juga penggunaan peralatan elektronik di dalam kereta. Apa yang anda perlu risau adalah harga bateri kereta kering ini kerana harganya adalah lebih mahal dari bateri kereta basah.
Bateri kereta basah atau sel basah adalah jenis bateri yang menggunakan air bateri. Lazimnya, jangka hayat bateri kereta basah ini bergantung kepada kekerapan anda menggunakan kereta anda. Bateri kereta jenis ini sangat memerlukan penjagaan yang rapi. Jika anda kerap menggunakan kereta anda untuk urusan harian, adalah disarankan supaya anda memeriksa paras air bateri sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk mengelakkan bateri kereta anda kering. Jika anda jarang menggunakan kereta, periksalah setiap 2 atau 3 minggu sekali. Air bateri yang ditambah juga perlu menepati paras yang telah dicatat pada badan bateri kereta tersebut. Air bateri tidak boleh kurang dari paras yang telah ditetapkan ataupun melebihi dari paras tersebut.
Glamorous MrJocko
Tumpang tanya, battery sel kering kereta blh dibuka cap nye? Sebab saya sudah terbuka, baru sedar yang itu battery kering. Ade ape2 kesan?
kejap boleh. tapi kalau lama boleh rosak