Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Batu Batu Resort Mewah Di Pulau Tengah Mersing Johor

Seakan tersembunyi, umpama ‘lonely planet’ dengan gaya hidup mewah, di Pulau Tengah Mersing ini ada rahsia resort terbaik yang mungkin anda mahu cuba. Ia dinamakan sebagai Batu Batu Resort Mewah di Pulau Tengah Mersing yang menjadi idaman percutian orang Eropah dan pelancong luar negara yang lain.

Batu Batu memang lokasi percutian mewah untuk anda cuba dengan pengalaman penginapan berkonsepkan alam semulajadi, pemandangan pulau dan laut yang sangat cantik, aktiviti laut yang menakjubkan serta suasana yang tenteram dan damai.

Baca : Apa Yang Menarik di Daerah Mersing Johor?

 



 

Batu Batu Resort Pulau Mersing

batu batu resort pulau mersing

 

Terletak tidak jauh dari lokasi Pulau Rawa Mersing, hanya sekitar 15 minit perjalanan dengan Bot dari Jeti Pulau Rawa atau sekitar 30 minit perjalanan dari Jeti Mersing, anda akan melihat pulau kecil yang begitu cantik, hijau dan biru saling berganti hingga memukau mata sesiapa sahaja.

Binaan jeti yang sangat kemas, jambatan menuju ke resort Batu Batu, pusat aktiviti sukan air di Pulau Tengah dan juga laluan ke Pusat Pemuliharaan Penyu di sini memang dijaga sebaiknya.

 

batu batu resort pulau mersing batu batu resort pulau mersing

batu batu resort pulau mersing

batu batu resort pulau mersing
 

Batu Batu Resort di Pulau Tengah ini hanya mempunyai 20 villa yang mempunyai satu bilik tidur (one bedroom) dan 2 villa yang mempunyai 2 bilik tidur (two bedrooms). Tempat memang terhad, oleh itu tempahan awal untuk menginap di sini adalah dialu-alukan untuk mengelakkan anda dari terlepas pelunag bermalam di sini.

Setiap villa di Batu Batu Resort Pulau Tengah Mersing ini mempunyai dekorasi hasil gabungan alam semula jadi dan juga moden. Setiap bilik akan mempunyai pemandangan yang indah dengan cara tersendiri, membuatkan anda akan sentiasa tenang dan tenteram tanpa gangguan.

Waktu cuti anda akan betul-betul berkualiti dan ‘priceless’ untuk selama anda bercuti di Batu Batu Resort di Pulau Tengah Mersing ini.

Nak tahu pakej harga bermalam di Batu Batu Resort ini, boleh semak maklumat lanjut di laman web rasmi http://batubatu.com.my/stay/rates-bookings/

 

batu batu resort mersing
 

Best di Batu Batu Resort mewah ini, ada infinity pool, ada cafe open yang menghadap laut, pantai yang sangat jernih dan penuh dengan batu karang untuk snorkeling atau scuba serta boleh untuk melihat Pusat Pemuliharaan Penyu yang diusahakan sendiri oleh pihak Pulau Tengah Mersing ini.

Last time singgah sini, tak sempat nak mandi dan snorkeling. InsyaAllah, harap tahu ndepan dapat singgah dan menginap di Batu Batu Resort Pulau Tengah Mersing.

3 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.