Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Batu Marmar Terkenal Di Da Nang Vietnam

Da Nang selain terkenal dengan pantai dan makanan laut, ia juga terkenal dengan hasil batu marmar sejak beratus tahun dahulu. Batu Marmar Terkenal Di Da Nang Vietnam. Jika anda peminat batu marmar, batu jed, ruby, nilam, sapphire dan macam-macam jenis batu untuk perhiasan, boleh dapatkan koleksi anda di Da Nang Vietnam.

Untuk jenis dan kualiti batu marmar (marble) atau batu permata di Da Nang ini, tidak la dapat MrJocko pastikan keaslian atau tahap kualitinya. Cuma apa yang MrJocko tahu secara ringkas, batu marmar yang ada di jual di Da Nang, adalah batu marmar yang dibawa dari daerah lain. 

 

Batu Marmar terkenal di Da Nang

batu marmar Vietnam

batu marmar di vietnam batu marmar di vietnam

 

Ini kerana, batu marmar di Da Nang tidak dibenarkan untuk dikorek atau dilombong kerana menjaga warisan yang ada untuk mengekalkan sejarah berkaitan Vietnam. Jadi, banyak hasil batu marmar yang dijual disini diambil dari kawasan lain yang lebih pendalaman dan kawasan perusahaan marble di Vietnam.

Untuk kualiti batu jed dan batu permata lain juga tidak dapat dipastikan datang dari mana. Sebaiknya, kalau anda nak beli, kena la pandai membuat pilihan dan research sendiri.

 

batu marmar di vietnam 03batu marmar di vietnambatu marmar di vietnam 05batu marmar di vietnam 06batu marmar di vietnam

 

Urusniaga di kedai-kedai yang menjual batu marmar dan batu permata di Da Nang banyak menggunakan nilai Dollar USD atau Vietnam Dong. So, sebaiknya anda guna matawang Vietnam Dong untuk menjimatkan nilai matawang anda. Ini tips membeli belah di Vietnam. Jika anda menggunakan nilai USD1 pun, dengan beberapa kali, anda akan kehilangan nilai tukaran yang membolehkan anda berjimat dalam masa anda berada di Vietnam ini.

Sebagai contoh, jika anda menggunaka USD10 untuk membeli barangan, ia bernilai lebih RM40 di Malaysia. Bayangkan bahawa biasanya harga yang dijual kepada anda sebenarnya lebih murah, jika anda membelinya dengan matawang Vietnam Dong. Cuba lah kira kalau anda berkesempatan.

 

 

 

batu marmar di vietnam
Batu Marmar terkenal di Da Nang

batu marmar di vietnam 08batu marmar di vietnam 10

 

Ramai peniaga di Da Nang Vietnam akan mengambil kesempatan jika anda mahu membeli barangan di kedai mereka. Sebolehnya, buat tawaran sehingga diskaun 50% untuk barang yang betul-betul anda ingin beli. InsyaAllah, kalau kena cara anda akan dapat. 

Kebanyakkan peniaga di Vietnam, akan menetapkan harga barang lebih mahal untuk pelancong dan berharap mereka membeli dengan matawang Dollar USD. Bila anda beli dengan USD, mereka ‘Untung Besar’ 🙂

Baca : Pengalaman di Marble Mountain Da Nang

Jadi, jika anda nak beli batu marmar atau batu permata di Da Nang Vietnam, pastikan anda betul-betul tahu apa yang anda nak beli. Sebaiknya survey lah dulu untuk mendapatkan harga murah dan terbaik. Nak beli, cuba beli barang di Kaki Lima berbanding di kedai besar. Biasanya harga di Kaki Lima jauh lebih murah berkali ganda berbanding barang yang sama di kedai besar.

Jangan menyesal bila sedar Gelang Jade yang dibeli dengan nilai USD10 hanya di jual dengan harga USD1 di gerai kaki lima. Sama jenis dan sama kualiti pulak tu… 🙂

Nak tenngok Batu marmar yang lagi banyak dan lagi besar, boleh ke Marble Mountain Da Nang Vietnam.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.