Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Bayar RM1 Sahaja Naik Kuda Taman Tasik Titiwangsa

Ini antara tempat tersembunyi di Kuala Lumpur. Bukan sebar ramai tak nampak, tetapi sebab ramai yang tidak perasan. Mungkin ramai pengunjung ke Taman Tasik ini ingat, bayaran naik kuda kat sini mahal. Untuk informasi semua, kanak-kanak hanya Bayar RM1 Sahaja Naik Kuda Taman Tasik Titiwangsa dan RM1.50 untuk dewasa. Murah kan?

Ini antara kemudahan premium yang ditawarkan kepada semua. Inisitif seperti ini patut diberikan pujian kepada pihak Taman Tasik Titiwangsa, kuhsusnya pihak DBKL dalam mempromosikan aktiviti sihat dengan harga yang sangat murah. Selain lokasi ini, tak ada lagi rasanya pengalaman naik kuda dengan hanya harga serendah RM1.

Baca : 5 Taman Tasik Terbaik di Kuala Lumpur



Bayar RM1 Sahaja Naik Kuda Taman Tasik Titiwangsa

Bayar RM1 Sahaja Naik Kuda Taman Tasik Titiwangsa 06 copy

Bayar RM1 Sahaja Naik Kuda Taman Tasik Titiwangsa 01

Bayar RM1 Sahaja Naik Kuda Taman Tasik Titiwangsa 02
 

Baca : Visit Kuala Lumpur

Sebelum taman ini diubahsuai, memang sudah ada perkhidmatan menunggang kuda di Taman Tasik Titiwangsa. Sebelum ini, saya sendiri pun tidak perasan dengan perkhidmatan ini. Pandangan awal, rasanya kos menunggang kuda ini mahal, kerana sebelum ini, kalau ditempat lain seperti pengalaman naik kuda di Batu Ferringhi Pulau Pinang, kosnya sekitar RM20.

Tetapi, bila tengok balik papan tanda yang diletakkan di sini, seakan tidak percaya. Bagaimana mereka boleh menawarkan harga cuma RM1 untuk kanak-kanak menunggang kuda. Sangat murah!
 

Kaunter Tiket Tunggang Kuda DBKL
Kaunter Tiket Tunggang Kuda DBKL

Masa untuk menunggang kuda di Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur ini dibuka pada hari Sabtu, Ahad dan hari Cuti Umum. Ia juga akan dibuka ketika tiba musim Cuti Persekolahan. Waktu operasi mereka bermula dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan kemudian akan dibuka kembali sekitar jam 3.00 petang sehingga jam 6.00 petang.

Kadar bayaran menunggang kuda adalah RM1.00 untuk kanak-kanak dan Rm1.50 untuk dewasa. manakala untuk anda yang nak naik Kereta Kuda, kanak-kanak cuma RM0.50 sen sahaja dan dewasa RM1.00 bagi setiap pusingan.
 

Naik Kuda Taman Tasik Titiwangsa 07
Bayaran RM1 Tunggang Kuda di Taman Tasik Titiwangsa

 

Baca : Pengalaman Naik Kuda di Batu Ferringhi Penang

Jadi, jika anda beradi di sekitar kuala Lumpur, ambil masa bawa anak-anak untuk rasa sendiri pengalaman menunggang kuda. Ada banyak faedah dalam aktiviti menunggang kuda ini dan ia antara aktiviti berbaloi untuk anda dan sekeluarga cuba.
 

Naik Kuda Taman Tasik Titiwangsa 03

Naik Kuda Taman Tasik Titiwangsa

Naik Kuda Taman Tasik Titiwangsa KL

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.