Pelancong Malaysia Perlu Bayar RM457 Harga Visa Ke India
|Harga Visa ke India naik kepada RM457. Berkuatkuasa 1 April 2017, Pelancong Malaysia Perlu Bayar RM457 untuk Harga Visa Ke India. Sebelum ini harga untuk Visa ke India untuk pelancong Malaysia ialah cuma RM190 sahaja. Sebab itu, mengikut rakan blogger PlacesAndFoods.com, kenaikkan untuk harga Visa ke India ini naik sehingga 240%.
MrJocko sendiri tidak pernah ke India. Memang India antara satu negara yang berada dalam wishlist travel MrJocko. Tetapi kalau dengan kenaikkan harga Visa sehingga 240% seperti ini, nampaknya, terpaksa la simpan dulu hasrat untuk bercuti ke India.
Baca : Cara Buat Visa Ke Negara China
Harga Visa Ke India
Tapi menurut The Star dalam laman berita online mereka semalam memberitahu “Indian tourists paying only US$20 (RM88.50) as a processing fee for a 15-day visa to Malaysia. The visa is free.”
Bermaksud, rakyat India yang ingin melancong ke Malaysia cuma bayar RM88.50 sahaja untuk bayaran proses dan VISA KE MALAYSIA untuk rakyat India adalah PERCUMA. Camana ni? Betul ke? Orang India nak ke Malaysia dapat Visa PERCUMA dan orang Malaysia nak ke India kena bayar Visa RM457?
Harap pihak berwajib boleh uruskan sesuatu supaya harga Visa ke India akan dapat dikurangkan lagi. Lebih baik, kalau orang India ke Malaysia tidak dikenakan bayaran Visa, begitulah juga semoga orang Malaysia yang nak bercuti ke India juga dikecualikan dari membayar harga Visa ke India.
Dengan ada banyak penerbangan dari Kuala Lumpur ke negara India menggunakan pesawat AirAsia dan juga Malaysia Airlines, diharap ia membuka pintu pelancongan rakyat Malaysia untuk ke India.
Dengan harga Visa yang mahal seperti ini, kos RM457 untuk seorang pelancong dari Malaysia, ia mungkin akan mengurangkan lagi kemasukkan pelancong Malaysia ke India.
Nampaknya, kalau nak ke Chennai, New Delhi, melihat Taj Mahal atau menyaksikan keindahan tanah tinggi yang cantik seperti di Kashmir mungkin akan tergendala untuk sementara waktu ini.
Siapa setuju kalau harga Visa ke India dapat dikurangkan lagi???
Haa!? biar betul mahalnya. Masih belum terbuka hati nak ke sana lagi. Mungkin suati hari nanti kut berangan nak ke Taj mahal.