Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Bayaran Letak Kereta Di Melaka Bandaraya Bersejarah

Untuk kawan-kawan yang nak ke Melaka, ini satu infomasi yang berguna untuk korang. MrJocko kongsi berapa kadar bayaran letak kereta untuk bandaraya bersejarah Melaka. Di bandaraya Melaka, Bandaraya Bersejarah, bermula dari 8.00 pagi sehingga 6.00 petang, setiap hari, dari Isnin sehingga Ahad di kenakan bayaran letak kereta sebanyak RM0.60 setiap sejam. 

Ini bermakna Bayaran Letak Kereta Di Melaka Bandaraya Bersejarah beroperasi setiap hari, tiada istilah cuti hujung minggu.

Kadar bayaran untuk tempoh meletak kereta untuk yang ingin parking selama 1/2 jam, bayaran minima tetap dikenakan RM0.40. Walaupun begitu, kalau nak parking selama sehari, bayaran Maksima hanya RM5.00 sahaja.

Bayaran Letak Kereta Di Melaka tidak sama seperti di Kuala Lumpur. Anda perlu beli kupon dahulu sebelum menggunakannya. Malang sebab, pihak berkenaan tidak menjual kupon parkir selama sejam, dua jam atau beberapa jam. Biasanya kupon di jual dalam satu set. Jadi jika anda mahu gunakan satu jam sahaja untuk parkir di Melaka bandaraya bersejarah, lebihan kupon parkir boleh anda simpan untuk kegunaan akan datang. 

Jadi, kalau ke Melaka, ingat bahawa hari Sabtu dan Ahad, korang masih di kenakan charge untuk letak kereta di kawasan bandaraya Melaka. Jangan lupa pulak, nanti kena saman seperti entry aku ini.

 

Selamat bercuti di Melaka 🙂

 

 

 

 

 

MrJocko.com

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.