Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Bayaran Untuk Buat Pasport Antarabangsa Malaysia

Ada rakan dan pembaca bertanya, berapakah bayaran untuk proses membuat Pasport Antarabangsa di Malaysia untuk tempoh 5 tahun. Oleh sebab itu, MrJocko terpanggil untuk berkongsi tentang pengumuman yang telah dibuat oleh pihak Jabatan Imigresen Malaysia awal tahun ini.

Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) sebenarnya telah mengumumkan kadar baru bagi bayaran pembaharuan dan permohonan pasport antarabangsa Malaysia sejak Januari 2015 lagi di mana pasport tempoh dua tahun sudah dimansuhkan manakala pemohon pasport boleh menikmati kadar diskaun sebanyak RM100 diskaun bagi pasport untuk tempoh lima tahun.

Baca : Tak Perlu Visa Ke Negara Jepun

Bayaran Untuk Pasport Antarabangsa Malaysia

Bayaran Pasport Antarabangsa Malaysia
Bayaran Untuk Buat Pasport Antarabangsa

 

Buat Pasport Antarabangsa Malaysia

Berikut adalah senarai harga baru pasport antarabangsa Malaysia (untuk tempoh lima tahun):

1) Pemohon biasa (13 tahun – 59 tahun) – RM 200

2) Warga emas (60 tahun ke atas) – RM 100

3) Kanak-kanak (bawah 12 tahun) – RM 100

4) Siswazah luar negara (bawah 21 tahun) – RM 100

5) Jemaah haji – RM 100

6) Orang kelainan upaya (OKU) – Percuma

Untuk itu, peluang untuk membuat Pasport Antarabangsa di Malaysia sudah semakin mudah dan murah berbanding sebelum ini. Ambil peluang ini untuk buat pasport antarabangsa anda bagi tempoh 5 tahun dan pergilah melancong ke destinasi pilihan anda. Banyak pilihan yang boleh anda pilih samada terbang dengan Malaysia Airlines, AirAsia, Malindo atau Fireflyz.

Untuk makluman juga, untuk permohonan Pasport Antarabangsa Malaysia, sebaiknya sediakan dokumen sokongan yang wajib seperti Kad Pengenalan MyKad atau Sijil Lahir bagi kanak-kanak yang belum mempunyai MyKid.

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.