Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Bayaran Untuk Jobs Dua Bulan Lepas Dah Di Terima

Baru semalam MrJocko menulis tentang ada sesetengah syarikat PR atau Wakil Syarikat yang menggunakan khidmat blogger, menghadapi masalah untuk membayar blogger dengan tempoh masa yang cepat. Hari ini, ada kawan yang pernah menghadapi masalah itu bersalaman dengan MrJocko dan berkata "Payment saya baru masuk".

Terima kasih kepada PR company atau Wakil Syarikat yang membayar blogger tepat pada masa. Kena la fikir usaha blogger juga, kerana anda dah guna mereka, dan harus la dibayar kalau dalam perjanjian mengatakan ada bayaran tertentu.

 

 

Ini kerana, dalam sesetengah keadaan, ada PR yang mahu kerja siap cepat, mahu hebahan dalam media social, Facebook, Twitter dan Instagram. Tetapi selepas blogger buat kerja, payment lambat dengan alasan menunggu pengesahan klien.

Saya cadangkan, kalau klien seperti ini, PR tak payah nak ambil projek dengan mereka. Ini kerana kalau anda kerja dalam bidang Servis, selalunya 50% bayaran permulaan akan digunapakai dalam sesuatu kontrak. Kalau tak dapat bayar full, bayar separuh dulu gaji blogger pun dah memadai bukan???

Oh untuk PR yang dah bayar bloggers, Thumbs Up untuk anda. Jangan sampai ada blogger buat cerita keburukkan anda di blog masing-masing, nanti semua akan bermasam muka.

Glamorous MrJocko

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.