Senarai Bazar Ramadhan Kuala Lumpur Pilihan Travel Blogger
|Bila tiba musim Ramadhan, salah satu tarikan utamanya adalah Bazar Ramadhan. Setiap ceruk pelusuk di Kuala Lumpur ni mesti penuh dengan pesta Bazar Ramadhan. Bukan saja menjadi tumpuan orang Islam, tetapi juga bangsa2 lain yang sememangnya suka kan keenakkan masakan yang dijual pada bulan Ramadhan.
Sebut saja Bazar Ramadhan, kita akan tergambar menu-menu terbaik seperti Ayam Golek, Sup Daging, Daging Salai, Rendang, Mee Sup, Laksa, Putu Mayam, Ketupat Sotong dan macam-macam lagi. Pelbagai kuih muih boleh kita rasa, Nekbat, Kuih Bakar, Wajik, Pulut Udang, Satay, Roti Jala dan macam-macam jugak.
Senarai Bazar Ramadhan Kuala Lumpur Pilihan Travel Blogger

Kredit to NouraRahmat Fotopages
Kalau ikut taste aku dan keselesaan, antara Bazar Ramadhan yang ada di sekitar KL, aku suka singgah di 2 – 3 Bazar berdekatan dengan rumah aku. Ada 5 Bazar Ramadhan yang menjadi feveret aku dan selalu singgah.
Senarai Bazar Ramadhan Popular di Kuala Lumpur
1. Bazar Ramadhan Jalan Kuching, ada lebih dari 200 peniaga dan bermacam2 menu. Feveret aku kat sini, Ayam Golek dan Air Tebu
2. Bazar Ramadhan TTDI, KL. Walaupun berada di kawasan elit, tetapi menu yang dijual sangat lah tradisional. Feveret aku kat sini, Satay, Nasi Beriyani dan Sup Daging.
3. Bazar Ramadhan Kampung Pandan. Dulu aku selalu ke sana. Tapi skang, pasal duk jauh, dalam bulan puasa, datang sekali jer kot. Feveret aku, Char Kueh Teaw Kerang Spesel, eh! Ada lagi ke???
4. Bazar Ramadhan Pantai Dalam. Sepanjang jalan dari LRT nak ke Pantai Hillpark tu selalu penuh dengan orang meniaga. Ada lagi tak aku tak tau pasal kat situ dah ada bangunan Bangsar South. Feveret aku, SUP JUARA dan Kuih Bakar.
5. Bazar Ramadhan SPPK, Taman SPPK Segambut. Dekat ngan umah aku. Bazar kat sini tak lah besar mana. Tapi pilihan makanan boleh tahan. Spesel kat sini Air Tebu dan Murtabak.
So, musim Bulan Puasa macam ni, kat mana Bzar ramadhan pilihan korang?? Share la…
MrJocko.com