Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Bazar Ramadhan Stadium Shah Alam Seksyen 13

Sudah menjadi Ikon Ramadhan, lokasi bazar ini sememangnya popular sejak dulu lagi, seumur dengan pembukaan Stadium Shah Alam. Terletak di Seksyen 13 Shah Alam, bermula dengan Pasar Tani Shah Alam, ia kemudiannya semakin popular dengan adanya pengurusan yang memperkenalkan Bazar Ramadhan Stadium Shah Alam, Selangor. Sejak tahun 2004, aku dah biasa di lokasi ini dan sememangnya antara tempat paling best memburu makanan terbaik di Malaysia.

Kalau hari biasa, seawal pagi Ahad, Pasar Tani di Stadium Shah Alam ini antara tumpuan ramai. Bila tiba musim Ramadhan, banyak menu-menu makanan yang terbaik akan dijual di sini. Bagaikan Hub Makanan Setempat, ia menjadi tempat popular ramai penggemar makanan sekitar Selangar dan Kuala Lumpur.

Baca : Tempat Shopping Baju Raya Murah Shah Alam

Bazar Ramadhan Stadium Shah Alam

Bazar Ramadhan Stadium Shah Alam Seksyen 13

Bazar Ramadhan Stadium Shah Alam

Bazar Ramadhan Stadium Shah Alam
 

Kali ini, aku sendiri kebetulan lalu area Shah Alam. Oleh kerana sudah dekat dengan waktu berbuka, kami singgah cari makanan berbuka. Nak cepat, tak sempat nak ambil banyak gambar dan beli banyak benda. Tapi, tahun ini, kalau ke sini, antara menjadi tumpuan, try Air Balang Ramadhan, Roti Moon Viral dan juga Nasi Kandar Appolo dari Perlis. Menu lain pun banyak, korang cari sendiri.
 

Bazar Ramadhan Stadium Shah Alam

Bazar Ramadhan Stadium Shah Alam

Bazar Ramadhan Stadium Shah Alam
 

Ruang parkir kereta percuma dan ada banyak bahagian. Jangan risau, jalan tak sesak, parkir mudah dan banyak pilihan. Kawasan luas, berangin dan tak la panas sangat di waktu petang musim Ramadhan.

Kalau korang tinggal sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, boleh la cuba sekali singgah sini. Tak akan menyesal. Ia umpama pengalaman baru, memburu makanan yang viral, makanan yang sedap dan menu pelbagai seluruh pelusuk negeri di Malaysia, ada di sini.

Jom ke Bazar Ramadhan Stadium Shah Alam, Seksyen 13.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.