Bebas Hutang Selepas 9 Tahun Bayar Hutang Kereta
|Pertama kali kami beli kereta baru ialah 9 tahun yang lepas. Akhirnya, bulan ini, kami Bebas Hutang Selepas 9 Tahun Bayar Hutang Kereta. Tidak ada perasaan yang sesuai boleh digambarkan melainkan rasa syukur selepas dapat memiliki hak milik sepenuhnya sebuah kereta, walaupun bukan kereta mewah. Berbaloi guna selama hampir 10 tahun.
Sepatutnya bayaran hutang ini tamat awal tahun 2020, namun kerana pandemik Covid-19 dengan Moratorium, akhirnya kami dapat juga selesaikan sebelum menjelang tahun 2021. Bayaran akhir cuma RM101 dan menunggu masa untuk peringkat akhir penyerahan.
Baca : Beli Kereta Kia Forte Berbaloi Atau Tidak
Bebas Hutang Selepas 9 Tahun Bayar Hutang Kereta
Pertama kali lihat kereta ni masa Kia tengah buat promosi di Pasaraya Giant Batu Caves. Kemudian, kami pergi sendiri ke Kia Showroom. Selepas beberapa hari buat pengiraan, akhirnya kami ambil model Kia Forte 1.6EX. Ia model pertama yang masuk ke Malaysia dan dikatakan CBU Model.
Walaupun hanya mempunyai 4 Gear, tetapi fungsi Gear Auto dan Manual dalam datu kereta sanagat berbaloi, lebih-lebih lagi masa untuk pemanduan memotong kenderaan lain.
Tiada aksesori yang hebat dalam kereta Kia Forte 1.6EX, tetapi ia sudah cukup selesa. Tambah pula, selama hampir 10 tahun memandu kereta ini, hanya beberapa minor problem pernah berlaku termasuk kerosakkan ignition coil dan juga absorber dan engine mounting. Bagi kami, itu adalah wear and tear dan masih dalam kemampuan untuk dibaiki.
Pada tahun 2010, kereta buatan Korea tidak begitu popular di Malaysia. Sebab, banyak model kia seperti Kia Carnival, Kia Ascents ada banyak masalah dan tidak ada banyak barang gantian.
Memang masa tu agak takut untuk membeli kereta Kia. Namun, selepas membuat research sendiri kami nekad beli. Setahun selepas itu, kami peluang melancong ke Korea. Dan selepas melihat sendiri banyaknya kereta Kia Forte (dikenali dengan Kia K3) di Seoul, maka kami sangat berpuas hati.
Hingga kini, kami masih berpuas hati. Dengan hanya mileage skitar 160000km sahaja selepas hampir 10 tahun, ia masih beri servis terbaik kepada kami, tak pernah beri masalah yang besar. Alhamdulillah, rezeki kami masih panjang dengan Kia Forte.
Memandangkan dah habis bayar loan kereta Kia ni, nampaknya kami akan simpan dan drive selagi mampu. Kita jaga dia dengan elok, InsyaAllah dia akan bawa kita dengan selamat.
Nak lihat spesifikasi Kia Forte baca di laman web Paul Tan Kia Forte.