Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Beg Travel Jenama Disney Trolley Bag

Sebelum ini memang dah lama MrJocko mencari beg travel yang sesuai untuk anak-anak MrJocko. Dari rekaan beg trolley yang hard case dan juga soft shell, hinggakan jenis beg kain dan juga haversack. Akhirnya, kami memilih untuk menggunakan beg travel Disney Trolley Bag edaran dari Wing Luggage Malaysia. Ini antara trolley beg yang tidak banyak di pasaran dan nampaknya ia mungkin antara rekaan limited edition dari Disney.

Untuk si Kakak, Khalisha, beg Disney bersaiz 18 inci ini sesuai untuknya. Ia dibuat dari jenis 300D Polyester dengan saiz dimensi 45 x 19 x 33 cm dan berat cuma 2.40 kg sahaja. Untuk saiz kanak-kanak ia memang sesuai.

Jenis beg travel jenama Disney ini adalah jenis beg trolley dengan push button self-locking dan interior penuh dengan tie-belt dan zip pocket tepi. Ada pemegang atas dan tepi untuk memudahkan pengguna dan Interlocking zipper untuk compartment. Jenis ini datang dengan 2 roda dan stud di depan.

Disney Trolley Bag
Disney Trolley Bag

Rekaan grafik kartun Disney untuk beg ini pun agak menarik. Lebih-lebih lagi, untuk kanak-kanak, ia nampak memang special. 

Disney Trolley Bag design

Disney Trolley Bag design Disney Trolley Bag design

Untuk si Qistina, beg yang lebih kecil bersaiz 16 inci. Jenis beg untuk Qistina punyai saiz yang sederhana untuk kanak-kanak dan ia juga mempunyai material dan kualiti yang hampir sama dengan beg si kakak Khalisha.

Ia dibuat dari 300D Polyester dan bersaiz 16 inci dengan dimensi 41.5 x 28 x 16.5cm dan berat cuma 1.5kg. Rasanya ia amat sesuai untuk Qistina dan barang-barangnya. Cuma, beg Qistina mempunyai 1 Compartment sahaja dan satu poket tepi.

Disney Trolley Bag design Disney Trolley Bag design Disney Trolley Bag design

Alhamdulillah, rasanya harga untuk beg ini juga berbaloi untuk kualiti yang ditawarkan. Jika sebelum ini, MrJocko melihat beg trolley kanak-kanak hard shell dengan harga sekitar RM150 bagi satu unit, dengan saiz sekitar 16 inci, tetapi dengan beg berjenama Disney ini dengan Warranty selama 3 tahun dijual dengan harga RM149 bagi saiz 18 inci dan RM119 bagi saiz 16 inci. Murah kan???

Nak dapatkan koleksi beg travel Disney Trolley Bag ini anda boleh ke outlet Wing Luggage di shopping mall berdekatan :). Layari laman web www.wingsluggage.com.my

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.