Site icon Travel Blogger Malaysia

Begini Rupanya Business Class Emirates KL Ke Dubai

Business Class Emirates KL

Begini Rupanya Business Class Emirates KL Ke Dubai. Alhamdulillah, setelah pertama kali merasai pengalaman terbang dengan Emirates Airline dari Kuala Lumpur ke Melbourne, kali ini MrJocko dijemput ke Dubai pula untuk menyertai Media Trip dibawah kelolaan Dubai Tourism dan kerjasama Emirates Airline. Kali ini, kami akan dibawa untuk meneroka kota Dubai yang semakin terkenal seluruh dunia dan antara nama yang banyak terpahat di catatan buku Guiness World Book of Records

Penerbangan kami kali ini sekali lagi diberikan peluang untuk terbang dengan kemudahan layanan VIP dengan diberikan ruang lounge di Emirates Lounge yang memang selesa.

Saat untuk terbang menuju ke Dubai dengan Emirates Airline sudah sampai. Kami dibawa ke ruang sudut Business Class Emirates dengan layanan VIP serta ruang duduk yang sangat luas. Selesa, amat selesa.

Baca : Pengalaman Terbang Dengan First Class Emirates

Business Class Emirates KL Ke Dubai

Business Class Emirates KL
Business Class Emirates Airline

 

 

 

Ruang tempat duduk Business Class Emirates ini memang berbaloi untuk anda, eksekutif serta ahli perniagaan yang pentingkan keselesaan ketika terbang jauh. Tambah lagi, 7 jam perjalanan menuju Dubai dari Kuala Lumpur, anda sudah pasti sangat selesa berada di tempat duduk Business Class dengan layanan Cabin Crew yang sangat peramah.

Sampai sahaja, sudah diberikan tuala suam untuk segarkan diri. Kemudian terus diberikan air dan kekacang sementara menunggu masa untuk makan. Waktu makan pula, tidak tetap. Di Business Class Emirates, anda boleh meminta makanan yang ada dalam menu inflight Emirates, bila-bila anda mahu. Nak makan apa? Ayam, Seafood, Vegetarian, Desserts, semua boleh dan dihantar dengan segera oleh Pramugara dan Pramugari bertugas. Layanan yang memang setaraf VIP dan semestinya anda adalah penumpang yang menjadi prioriti mereka.

Ruang tempat duduk memang luas. Kaki memang boleh lunjur ke hadapan dan tempat duduk boleh laras sehingga menjadi ’tilam’ yang empuk. Jika anda sukakan hiburan, anda boleh memilih ratusan filem yang disediakan untuk pilihan tontonan anda dan juga koleksi drama, rencana, muzik dan pelbagai pilihan hiburan lain hanya untuk anda.

Percayalah, penerbangan selama 7 jam ke Dubai akan membuatkan anda selesa dan seperti berada di rumah. Tidak perlu risau, bila tiba di Dubai, anda akan sentiasa segara dan InsyaAllah tidak akan penat.

Sekarang, baru MrJocko faham, kenapa ramai businessman dan juga mereka-mereka yang mampu beli, sanggup untuk bayar lebihan bayaran untuk dapatkan tempat duduk Business Class di Emirates Airline. Sememangnya, jika anda seorang yang sentiasa sibuk, penerbangan yang jauh yang biasanya memenatkan, tidak lagi anda rasa jika terbang dengan Business Class Emirates, penerbangan Boeing 777-300 ini.

Rezeki kali ini juga, ketika dalam penerbangan dari KL menuju Dubai, kami sempat untuk merasai sendiri pengalaman berada di ruang tempat duduk First Class Emirates. Ya Allah, sangat privacy, sangat selesa dan memang ia satu pengalaman terbaik setakat ini, terbang dengan menaiki First Class Emirates. Tiada perkataan terbaik yang boleh digambarkan melainkan ia satu pengalaman yang sangat ‘Priceless’.

Tidak puas terbang dengan Business Class Emirates, kami sampai di Lapangan Terbang Terminal 3 Emirates. Tidak rasa kepenatan, dan kami memang sangat berpuas hati. 

Terima kasih atas pengalaman sebaik ini. Tidak pernah MrJocko terfikir untuk merasai pengalaman menaiki First Class di Emirates Airline secepat ini. Thanks to Emirates Airline dan Dubai Tourism.

Untuk anda yang ingin terbang dengan Emirates, dapatkan diskaun khas untuk anda apabila menempah tiket di Emirates Online : – www.emirates.com/my/DTCM

Promosi ini untuk tempahan dari 15 September 2015 sehingga 30 November 2015. Anda boleh terbang dari 15 September 2015 sehingga 31 Mac 2016. Jangan lupa masukkan KOD MYDTCM1 untuk dapatkan diskaun murah tambang penerbangan Emirates Airline.

Booking Dates
15 Sep 2015 – 30 Nov 2015
Travel Dates

15 Sep 2015 – 31 Mar 2016

Promotion Code
MYDTCM1
Vanity URL Link
www.emirates.com/my/DTCM
Exit mobile version