Behind The Scene Tour : Ice Age Adventure Resorts World Genting
|
Peminat Ice Age, anda mungkin boleh merancang untuk ke Resorts World Genting untuk mengalami satu pengembaraan Ice Age (Ice Age Adventure) yang kini sedang berlangsung dari 1 September hingga 26 Oktober 2014 di Genting International Conventon Centre (Bilik 7 – 12). Ice Age Adventure ini adalah satu tarikan baru untuk anda dan anak-anak untuk berada dalam dunia animasi Ice Age.
Anda dan anak-anak berpeluang untuk bergambar dan merasai dunia ‘kartun’ bila berada di Ice Age Adventure Resorts World Genting ini. Ada banyak koleksi wall paper, poster besar, trick eye picture dan juga tayangan video serta persembahan dari Sid, Scratch dan Diego untuk anda semua.
Antara pengalaman baru MrJocko, dibawa masuk ke Genting International Showroom dan ditunjukkan bagaimana cara mereka mengendalikan sesuatu persembahan di Genting International Showroom samada persembahan artis tempatan atau antarabangsa.
Kami diterangkan mengenai cara mereka bekerja, peralatan dan sistem pencahayaan sepanjang persembahan berlangsung. Its awesome…!!!
Satu lagi tour yang MrJocko pertama kali sertai ialah masuk ke Bilik Laundry terbesar di Malaysia, iaitu Laundry Room Resorts World Genting yang mana ia adalah pusat membasuh dan membersihkan segala cadar, sarung bantal dan servis mencuci pakaian pelanggan di Resorts World Genting.
Di Resorts World Genting Laundry Room ini mereka mempunyai 76 pekerja dan secara purata membasuh dan menyiapkan sekiar 75,000 helaian cadar, sarung bantal, tuala dan sebagainya dalam masa sehari. Wow!!!
Untuk sesi terakhir Behind The Scene Tour, kami dibawa untuk sesi Kulinari Masakan di mana kami akan sertai bengkel masakan See, Do & Eat Interactive yang di kendalikan oleh dua orang Chef hebat dari Resorts World Genting.
Kami diajar untuk menyiap dan menghias Cupcake dan juga cara membuat Sushi. MrJocko berpeluang menyiapkan satu gulung Sushi dan anda boleh lihat di sini : Cara Membuat Sushi Yang Sedap.
Untuk Tiket masuk ke Ice Age Adventure, anda cuma dikenakan sebanyak RM18 bagi setiap orang. Dan untuk pengembaraan yang lebih, anda boleh sertai Behind The Scene Tour Resorts World Genting dengan hanya RM20 setiap orang dan anda akan di bawa melawat Visitor’s Galleria, Genting International Showroom, First World Hotel Lundry dan juga sesi kulinari See, Do & Eat Interactive Workshop.
Apa lagi, ambil masa jom sama-sama bersama keluarga ke Ice Age Adventure dan juga Behind The Scene Tour di Resorts World Genting.
One Comment