Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Belanjawan 2022 Sektor Pelancongan Di Beri Tumpuan Khusus

Belanjawan 2022 Sektor Pelancongan akan diberi tumpuan khusus untuk bangkit semula selepas terjejas teruk akibat pandemik Covid-19. Petang ini, Menteri Kewangan akan membentangkan Belanjawan 2022 dan ramai penggiat sektor pelancongan menanti dengan penuh harapan semoga ada lebihan sokongan dan tambahan yang lebih untuk mereka.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Aziz berkata, sektor berkenaan juga perlu diberi nafas dan semangat baru bagi memenuhi permintaan tinggi susulan pembukaan semula perjalanan dalam dan luar negara dalam masa terdekat.

Baca : Pelancongan Malaysia Bila Boleh Travel Ke Luar Negara

Belanjawan 2022 Sektor Pelancongan

 


Belanjawan 2022 Sektor Pelancongan Di Beri Tumpuan Khusus

Belanjawan 2022 Sektor Pelancongan Malaysia
 

Belanjawan 2022 kali ini dijangka akan memperuntukkan jumlah yang besar dalam memulihkan sektor pelancongan Malaysia. Sehingga kini, kerugian akibat pandemik Covid-19 di Malaysia mencecah nilai melebihi Billion Ringgit.

Sumber : Dagang News Belanjawan 2022 Malaysia 29 Oktober 2021

Seluruh aktiviti pelancongan di Malaysia terkesan dengan teruk sehingga mengakibatkan ramai pengusaha dan syarikat berkaitan pelancongan termasuk hotel gulung tikar.
 

Antara yang dicadangkan ialah penyediaan dana khas oleh pihak berkaitan kepada mereka yang layak untuk membangunkan semula industri pelancongan di Malaysia.

Tengku Zafrul berkata, sektor pelancongan merupakan yang paling terkesan akibat COVID-19 dengan kerugian RM1.35 bilion dicatatkan pada 2020 dan dianggarkan meningkat kepada RM1.65 bilion tahun ini.

“Semua sektor yang terkesan akibat pandemik COVID-19 akan diberi tumpuan terutamanya sektor seperti pelancongan dan peruncitan. Kita telah membuktikan selama ini sektor-sektor ini memang amat terkesan, termasuk PKS juga.”

Khabarnya, dana pinjaman bermula dari RM30,000 sehingga RM15 juta bagi mereka yang layak mengikut syarat-syarat yang berkaitan.

Belanjawan lain dengar kata turut memberikan banyak tambahan dana untuk mengembalikan aktiviti pelancongan di Malaysia.

Sama-sama kita menunggu perkembangan dan pengumuman Bajet 2022 Sektor Tourism Malaysia oleh Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul petang ini.

Semoga Bajet 2022 akan memberi impak positif dengan segera bagi mengembalikan keyakinan pelabur, pelancong asing dan juga rakyat Malaysia sendiri dalam kembali membina ekonomi negara yang akan datang.

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.