Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Beli Helmet Di Luar Negara Bawa Balik Kena Rampas Kastam?

Selama MrJocko travel ke luar negara, ada beberapa kali kami singgah dan beli helmet untuk tujuan koleksi peribadi. Sebab itu, bila keluar berita viral, Beli Helmet Di Luar Negara Bawa Balik Kena Rampas Kastam masa nak keluar dari ruang ketibaan, ia akan berlaku jika anda tak ada surat kebenaran atau Permit AP. Ada ramai member bertanya, betul ke boleh kena rampas? Sebab apa kena rampas oleh pihak Kastam di Lapangan Terbang?

Ya, MrJocko pernah lihat ada helmet yang dibawa oleh penumpang kapal terbang, diperiksa dan terpaksa dirampas (di tahan sementara untuk tujuan berkaitan) oleh pihak Kastam kerana ia tidak mematuhi peraturan tertentu. Ia dibolehkan mengikut budi bicara lebih-lebih lagi bila pembawa mempunyai surat kelulusan terlebih dahulu. Sebab itu, perkara utama kalau nak beli helmet dari luar negara, dapatkan kelulusan permit import (AP) dahulu. Untuk dapatkan surat ini, kita perlu memohon dengan pihak MITI. Sila layari pautan ini MITI Malaysia Approved Permit Application. Dengan kata mudah, ia seperti kita import helmet tersebut dengan cara yang betul.

Baca : Kat Sini Jual Cermin Mata RM65 Sahaja. Nak Beli Cermin Mata Baru?

 



 

Beli Helmet Di Luar Negara Bawa Balik Kena Rampas Kastam?

Beli Helmet Di Luar Negara Bawa Balik Kena Rampas Kastam 2 copy
 

Kalau nak tahu, ini antara KENYATAAN dan INFORMASI RINGKAS yang telah dimaklumkan kepada umum tentang peraturan dan larangan membawa masuk helmet ke Malaysia.

Beli Helmet Di Luar Negara Bawa Balik Kena Rampas Kastam

Baca : MrJocko dan Motorsikal

Untuk informasi anda semua, pihak Kastam sudah memaklumkan pada akhir tahun lepas, bahawa setiap helmet/topi keledar yang digunakan di seluruh Malaysia hendaklah mempunyai Cop SIRIM, badan yang diberikuasa untuk menilai kualiti produk berkenaan. Sila dapatkan maklumat yang jelas daripada pihak terbabit, jangan ambil lewa.

Sila semak berita di sini :
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/mulai-tahun-depan-topi-keledar-perlu-ada-tanda-sirim-ini-193419

Ketua Pengarah JPJ dalam sidang akhbar sebelum ini berkata pihaknya kini sedang bekerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bagi membanteras kemasukan dan penjualan topi keledar tidak mengikut piawaian ditetapkan kerajaan.

“Sebarang kemasukan topi keledar dari luar negara perlu memenuhi standard Peraturan Malaysia Standard MS 1 dan Peraturan UNR 22. Bagi topi keledar mendapat persijilan UNR 22, penandaan pada topi keledar adalah berupa huruf E yang boleh didapati di tali pengikat dan cermin pelindung muka,” katanya.

Bagaimana pula dengan pembelian Helmet secara online yang dibeli dari luar negara?

Syarikat kami pernah beberapa membeli produk helmet dari Jepun dan ia tersangkut di Kastam Lapangan Terbang. Untuk mendapatkannya balik, kami terpaksa memohon kelulusan dari pihak berwajib untuk pelepasan.

Beli Helmet Di Luar Negara Bawa Balik Kena Rampas Kastam 3

Beli Helmet Di Luar Negara Bawa Balik Kena Rampas Kastam 1

Beli Helmet Di Luar Negara Bawa Balik Kena Rampas Kastam 4

Kalau nak tahu apa standard yang wajib bagi pemakaian helmet atau topi keledar di laman web ini, PanduLaju.

Apa yang dilakukan oleh pihak Kastam dan JPJ ini adalah sebenarnya untuk menjaga kepentingan pengguna ketika di jalanraya. Helmet yang digunakan di jalanraya Malaysia mestilah mempunyai taraf kualiti mengikut undang-undang negara kita.

Namun sebagai peminat helmet motorsikal, diharapkan pihak JPJ dan Kastam (dan pihak berwajib) juga patut membuat semakan kembali kerana ada beberapa model helmet yang dibeli bukan untuk kegunaan dijalanraya, tetapi hanya untuk tujuan simpanan peribadi, atau lebih dikenali sebagai Collector Items.

Secara logik, kalau untuk Collector Items, kenapa perlu ada Chop Sirim, sedangkan spesifikasi model kualiti jenama terkenal seperti Shoei, Arai, KYT dan banyak lagi, sudah pasti standard keselamatan mereka dan capai tahap antarabangsa.

Namun, berbalik kepada peraturan, apapun alasannya, setiap kita perlu mengikuti segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Kastam dan Imigresen. Kalau nak beli helmet dari luar negara, sila pastikan mohon dulu ‘kelulusan’ dari pihak berwajib. Nak apply pun senang sahaja.

2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.