Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Beli Jam GShock Di Ameyoko Street UENO Tokyo

Jam Casio GShock antara pilihan ramai pelancong Malaysia beli kalau ke Jepun. Sebab itu, saya nak kongsi, kalau ke UENO, ada satu kawasan yang diberi nama AMEYOKO STREET, kat sini ada banyak kedai GShock. Ada kedai yang jual jam baru, ada kedai yang jual jam second hand GShock. Ini cerita kami Beli Jam GShock Di Ameyoko Street UENO Tokyo.

Kalau nak cari jam GShock baru sepanjang jalan Ameyoko Street ni ada 4 laluan. Di laluan tengah ada 2 kedai yang menjual jam Casi GShock. Kalau nak beli jam GShock terpakai, boleh ke jalan besar, cari kedai yang diberi nama Book Off.

Baca : Lokasi Borong Jam GShock Murah di Jepun

beli jam gshock jepun

 


Beli Jam GShock Di Ameyoko Street UENO Tokyo

ameyoko-plaza-tokyo
Ameyoko Plaza Tokyo

Beli Jam GShock Di Ameyoko Street UENO Tokyo 01
 

Kebiasaannya, mana-mana kedai akan menawarkan harga Jam GShock tanpa bayaran TAX (VAT TAX sebanyak 8%). Itu belum termasuk kalau tiba-tiba ketika nak beli ada jualan SALE sehingga 20%.

Tips nak beli jam GShock, biasanya kalau kedai besar, sepert idalam Shopping Mall AEON atau Shopping Mall lain, ada menawarkan diskaun 20% + tambahan pengecualian 8% VAT TAX. Pengalaman saya, sudah 3 kali masuk beli di kedai jam AEON, dapat diskaun 20%. bayangkan kalau anda rancang nak beli jam Frogman bernilai JPY50,000 (MYR2000), sudah pasti senang-senang dapat diskaun RM400.

Baca : Beza Jam GShock Original dan Tiruan
 

Beli Jam GShock Di Ameyoko Street UENO Tokyo 04

Beli Jam GShock Di Ameyoko Street UENO Tokyo 05

Beli Jam GShock Di Ameyoko Street UENO Tokyo 06

Beli Jam GShock Di Ameyoko Street UENO Tokyo 07
 

Ini antara model-model jam baru yang beleh anda dapati di sekitar Ameyoko Street. Model ni dikira model jam GShock biasa. Klau nak cari model jam GShock yang rare atau limited edition, kena cari di lokasi kedai jam Wakil Sah Casio sekitar Jepun. Biasanya ada di G-Factory, tetapi dengan harga yang biasa dengan sedikit diskaun 8% VAT TAX.

Beli Jam GShock Di Ameyoko Street UENO Tokyo 02

Beli Jam GShock Di Ameyoko Street UENO Tokyo 03
 

Manakala jam koleksi second hand atau istilah orang Jepun, dikatakan Pre-Loved masih ada dijual dibeberapa kedai seperti Book Off. Biasanya jenis ini boleh lagi ditawar-menawar, tetapi tidak banyak. Harga memang murah dari harga biasa dan kalau anda pandai cari dan nasib baik, akan jumpa beberapa model rare.

Nak tahu apa lagi yang boleh anda beli di Ameyoko Street boleh la layari pautan ini.

2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.