Beli Kamera Sony Mirrorless NEX Hasil Duit Blog Disember 2013
|Memang dah lama MrJocko nak tukar kamera. Dulu masa ada DSLR rasa seronok pakai, tapi lama-lama bila selalu pergi event rasa masa susah pulak nak bawa ke sana sini. Sebab itu, hasil income blog bulan Disember 2013 MrJocko decided beli kamera baru, khas untuk gambar-gambar event dan blogging. Ini cerita Beli Kamera Sony Mirrorless NEX Hasil Duit Blog Disember 2013.
Alhamdulillah, berjaya dapatkan satu unit set baru Sony NEX-3NL yang berharga dalam RM1288. Kenapa MrJocko pilih model Sony NEX-3N ini kerana nak cuba pakai kamera Sony pulak.
Baca : Kamera Sony Mirrorless Yang Terbaik
Kamera Sony Mirrorless NEX
Ini rezeki income dari blog http://www.mrjocko.com/2013/06/rezeki-cek-nuffnang-income-dari-blog.html
Awal MrJocko kenal kamera ialah pada tahun 2001 dengan menggunakan Sony DSC77. Masa tu cuma 2.0mp sahaja. Tetapi kualiti gambar memang terbaik. Selepas itu MrJocko guna Kodak Z700, Canon 350D, Canon 400D, Nikon D70s, Nikon D80, Canon 30D, Canon 40D, dan kembali menggunakan Nikon D80.
Pengalaman menggunakan banyak kamera ni membuatkan MrJocko rasa malas dah nak usung set DSLR ke event. Berat dan banyak pulak yang nak kena bawa.
Memandangkan untuk event, cukup sekadar gambar yang jelas, terang dan tak perlu gambar bertaraf pro, kini MrJocko guna kamera semi-pro compact untuk merakamkan gambar event.
Hasil dan contoh gambar yang di ambil menggunakan kamera Sony Mirrorless NEX-3N ini memang antara terbaik dan ‘sharp’. Anda boleh lihat sample di Internet. Atau nanti MrJocko kongsi sample gambar di blog MrJocko ini nanti.
Lepas pakai Sony NEX-3N ini harap-harap kualiti gambar event MrJocko semakin baik untuk kepuasan sendiri, pembaca dan juga penaja.
Nak tahu koleksi terbaru kamera kompak Sony Malaysia boleh layari laman web rasmi Sony di http://www.sony.com.my/electronics/compact-cameras/t/cyber-shot-digital-cameras
Glamorous MrJocko