Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Beli Kereta Mahal Boleh, Bayar PTPTN Tak Boleh

Nampaknya ramai yang tak bayar duit PTPTN. Dalam suratkhabar, dalam TV dalam Radio dan juga terbaru berada dalam SIGNBOARD tepi jalan. 
Nasib baik aku dulu tak pernah meminjam PTPTN. Tak tau sangat camana cara nak pinjam PTPTN. Yang aku tau, boleh katakan hampir kesemua pelajar yang berjaya dapatkan tempat di Universiti Awam Tempatan boleh memohon untuk mendapatkan kemudahan Pinjaman PTPTN.
Camana nak apply, boleh rujuk di website PTPTN. Kalau korang belajar peringkat Diploma jumlah pinjaman berbeza dengan jumlah pinjaman PTPTN untuk pelajar peringkat Ijazah. Dan aku pernah dengan kalau tak silap satu semester setiap pelajar boleh dapat sekitar RM3,000. Kalau dia belajar dari diploma ada 6 semester dan ijazah 4 semester (average) bermakna dah sekitar RM30,000 setiap sorang. Erk!!!
Lepas kerja jer dah kena bayar PTPTN. Bayangkan RM30,000 dan di bayar beserta interest dan faedah sekali. Berapa tahun agak-agak nak abis bayar tu???
Lagi pun trend skang aku tengok, budak yang baru grad, dapat kerja, ramai yang pakai kereta mahal-mahal. Pastu ramai jugak antara mereka buat derk jer tak bayar pinjaman PTPTN. Akibat tidak membayar duit PTPTN, ramai yang kena blacklist dan ramai juga sangkut tak boleh keluar negara.
Erm, mana yang rasa sebelum terkena tu, bayar dulu mana yang patut, pastu, ada lebih baru la joli. Sekadar berkongsi…

MrJocko.com

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.