Aku takkan beli perabut Wescourt lagi,,,
|Nak share sikit kisah aku beli perabut Wescourt, Jalan Kuching berdekatan dengan Tesco Extra Selayang. Bila di fikirkan balik memang panas hati. So, meh aku share kisah beli perabut di Wescourt ni.
Bermula cerita, bulan Februari aku hantar perabot-perabot lama aku balik kampung. So, kira separuh umah dah kosong. Kena isi dengan perabut baru. Cadang memang nak beli sedikit perabut.
Jadi bulan lepas, sebelum aku cuti-cuti ke Korea Selatan, aku pegi kedai perabut yang bernama Wescourt ni. Ni semua pasal terpengaruh dengan iklan-iklan beli perabut Wescourt kat paper Harian Metro yang duk tunjuk harga barang-barang perabut mereka ni murah. Ok fine… memang ada harga perabut kat Wescourt ni murah.
Aku singgah ke kedai perabut Wescourt Selayang, satu row dengan bangunan Bank Rakyat Selayang, Old Town White Coffee yang terletak di Jalan Kuching. Senang jer nak cari kalau korang dah kat area Jalan Kuching.
Masa kat Wescourt, kami tertarik dengan beberapa barang, so, kami bayar deposit dan beli 4 barang termasuk Wardrobe, Meja Makan, Katil kanak2 dan juga Rak TV.
Selang beberapa hari lepas balik dari Korea Selatan, aku pegi bayar full dan Wescourt inform delivery pada 26 April, lagi 2 minggu. Aku malas nak ambik kisah, aku OK jer pasal tak urgent pun.
Masalah bermula bila staff dari Wescourt call cakap delivery kena tunda ke 27 April, esoknya. Aku kata OK. Kisah nak delivery perabut yang dah dibayar belum lagi habis setakat tu.
Alih-alih kemudian, staff Wescourt kata delivery kena tunda lagi, alasannya mereka cakap malam kul 8.00pm diorang dah penat. Menyirap la darah aku.
Kenapa aku marah? Sebab, mula-mula cakap nak hantar hari tu, minta aku suruh aku balik umah kul 7.00pm. Aku punyalah balik cepat semata-mata takut orang yang hantar perabut tu sampai dulu aku tak ada kat umah.
Dah la mamat Bangla tu marah aku pasal dia kata aku tak cakap umah aku kat Segambut. Aik,,, dalam resit aku tulis penuh address, siap Poskod lagi. Sekali lagi aku bengang, aku bayar ko hantar barang aku, ko plak yang nak arah aku macam-macam. Cilakak betul!
Hampir sebulan nak hantar barang2 yang aku order ni sesuatu yang tak best. Tobat dah, aku tak nak beli barang dengan Wescourt lagi. Barang nampak cam ok, cuma servis lembab betul. Dari barang yang aku order kejap ada, kejap takde, pastu delivery cam harem. Ada ke suh aku balik umah time Solat Jumaat kul 2.00pm pasal diorang nak hantar barang, sedangkan mula2 dah bagitau aku nak hangat kul 8.00pm.
Cukup la sekali, no more beli perabut Wescourt atau berkaitan dengan Wescourt.
p/s: ingatkan aku jer kena, rupernya Kuang pun kena jugak, HAMPESS punya Wescourt
br nak beli tilam yg rm1k tue..agak2 brape lame smpi..haih..
huhu..alolo..sedih nya baru baca blog ni hari ni..actually saya pun ada pengalaman ngn wescourt ni..patutnya dorg deliver sofa+almari hari ini..mereka siap call lagi hari sebelum tu..tapi,hari ini tunggu dari siang sampai ke malam..barang yang ditunggu tak sampai-sampai pun.. T_____T try call hp org yg call smlm tu dia x angkat, lpas tu masuk voice mail lak…wuuuuuu.
walaupun murah, pas ni saya tetap tak akan beli lagi dari Wescort
alamak pengalaman xbagus ye..haritu penah gak kita p wescourt..tp xbape bekenan..so xjadi beli..
anyway salam pekenalan..
sebelum beli,,, itu salesman muka banyak manis,,, lepas beli, banyak songeh la,,, itu la, postponed la,,, delayed penghantaran la,,,
kita lak nak kena ikut date dia,,, 🙂
rupanya bukan aku sorang yg melalui pengalaman buruk dengan wescourt ni.
aku terkena dengan wescourt kulim,salesman bangla nama polash,tapi polash ni temporary ja masa tu kat kulim.
ceritanya bermula macam ni, 15 dec 2017 aku dgn wife pi wescourt kulim nk tgk2 je perabut kat situ.tapi bila sampai ja wescourt kulim tgk perabot2 yg murah2 tu,aku jadi macam kena rasuk hantu,terus booking sofa,dining table set, katil dan tilam spring saiz king,tilam saiz queen.total semua Rm 3876,aku bayar deposit RM1876 guna debit card. tetiba pollash ni kata transport kena bayar asing Rm 60 utk delivery luar kulim,aku dok nibong tebal.aku bayar je.
aku suruh polash ni hantar barang 5 feb 2017 sebab masa tu,aku ingat rumah aku sempat siap buat wiring n plaster ceiling,grill,dan cat rumah.lepas tu aku pun keluar wescourt dengan hati girangnya sebab hal perabot semua dah settle(xtau bala nk mai lepas tu dgn wescourt)
1 feb 2018 aku dan wife sekali lagi pi wescourt kulim sebab nak extand date delivery,sebab xsempat nak siapkan rumah lagi.so kami pilih date 17hb feb(raya cina) tapi kerani tu kata xboleh sebab driver cuti.so aku dan wife pilih date 19 hb(isnin) sbb hari tu aku keja malam so siangnya boleh la tunggu perabot sampai.dah settle hal date delivery aku rasa nak settle terus balance rm 3876 tu ada lagi rm2000.aku bayar kat kerani tu haritu jugak cash.nnt tunggu perabot sampai rumah ja,xpayah nk pening takut terguna duit perabot tu.
18 feb 2018(ahad) dapat call dari polash kata hari isnin 19 hb xblh nk delivery katanya sofa yg aku booking tu dah diajual kat org lain.katil pulak kerani kt wescourt kulim xbuka order kat kilang. masa tu rasa bengang gila ,terus berkejar pulak pergi wescourt kulim, sbb nak tukar sofa yg lain pulak.dia bagi la sofa yg lebih kurang sama sofa 2+3+stool.aku n wife xberkenan sbb bila duduk ja rasa xpuas,kaki xlepas rasa macam nk terjatuh ja.dah la material xberapa nk berkenan ,yg hari tu lether+PU yg shining,yg ni xs shining tapi sebam je,walaupun colour sama coklat. harga sofa ni pun boleh tahan Rm1280,yg hari tu aku beli Rm980 je,sbb tu rambang mata.so aku cakap kt salegirl tu nak pilih sofa lain,dia kata nnt dia tanya polash,dia calll polash,polash kata ok je. aku n wife try duduk n test sofa mana yg sedap duduk n berkenan di mata dan hati. aku n wife berkenan satu sofa jenis fabrik macam kain guni tu kaler coklat kusyen jenis bantal bersarung 2+3+bantal kecik 2biji harga Rm1380.call polash dia kata ok boleh amik yg tu. settle bab sofa.kali bab date pulak polash minx nak hantar 2 mac 2018.aku akhirnya setuju tu pun sebab dia janji nak bagi 1set comforter Queen saiz.
aku dan wife masih xpuas hati dgn polash ni sebab sambil lewa buat keja.jadi petang tu sbb masih awal lepas keluar dari wescourt kulim,aku n wife buat keputusan gerak ke wescout sungai petani kt sg lalang nk jumpa polash n amik comforter yg dijanjikan.
sampai je wescourt sg petani tu. terus kena hamput dgn aku pasal xboleh nak hantar barang esok sbb aku dah extand 2 minggu dari date awal xkan xblh siap.kat situ dia dah mula mengelabah cakap kerani kt sana yg salah sbb xorder. kalo ikutkan aku nk minx refund je hari tu,tapi dia merayu jgn minx refund dan bos dia pin kata bagi je apa yg customer nak. cakap la aku nak tukar katil sbb yg hari tu xorder lagi. pusing punya pusing tengok katil yg mana ada, terberkenan la dgn kati fabrik kain guni kaler terkois(betui ka eja ni).dia cakap ok sbb harga lebih kurang je.rm599 queen saiz kalo nak king tambah 200 lg. pastu wife aku buat hal pulak dia nak tukar meja makan. sbb yg hari tu punya meja makan jenis tempered glass,dia takut anak2 naik atas tu(anak aku yg girl tu suka duduk atas meja)
polash pun ok je,tapi dia kata kena tambah 200 atau tukar dgn comfoter.wife aku xmau tukar dia nak dua2,1 comfoter sbb janji nak bg free gift,jadi yg ni rm200 sebagai denda sbb dia buat keja cincau xfollow up order.
polash tu dok pikir punya pikir akhirnya dia setuju.tapi dgn syarat jgn cakap kt sapa2.kami pun janji nak tutup mulut.
settle semua tu set date delivery 2 mac 2018,dapat 1 set comforter.
1 mac 2018 sehari sebelom date yg di janjikan utk delivery perabot kami. aku call polash 2,3kali jugak la.sekali lagi dia buat taik dgn aku. boleh dia cakap katil xsampai lagi yg lain semua dah ada.dan esok tu dia nak hantar barang yg lain dulu katil kemudian.aku dan wife dah angin dah.aku cakap la aku nak refund,polash duruh aku call bos dia, ntah apa nama aku xtau,aku call bos dia cakap nak refund dan cerita semua masalah yg terjadi.bos tu cakap ok,esok p jumpa kerani kt wescourt kulim.
2 mac 2018. aku dan wife p wescourt kulim, jumpa kerani kt situ 1org perempuan melayu ,1 org perempuan cina aku cakap kt depa aku nak refund ,depa cakap ok min x resit yg dah bayar tu dan isi borang dan bg copy ic dan no akaun bank nanti finance akan transfer online. dah settle semua nnt dia org cakap dah transfer dia org akan call. tapi wife aku nak duit tu hari tu jugak.ptg tu lps solat jumaat.polash call aku dia cakap madam(finance) dah transfer tapi yg hanatnya dia buat IBG sekali lagi mamat bangla tu kena hamput dgn aku. sbb ibg mana boleh dapat hari tu jugak duit. amik masa 2,3 hari. dia minx aku call madam tu,aku call madam tu cakap nak duit refund aku hari tu juga. dia cakap dia dah transfer tapi guna IBG,dia bagi alasan bisnes punya akaun (rhb) xblh guna IBFT ke akaun aku maybank,(dalam hati aku hanat betoi pompuan ni dia ingat aku xdak current aku akaun kot,xbiasa guna ibft ke akaun bank lain.) aku nak marah pun xblh dah sbb dah,sbb dia dah buat.
esoknya masa nak keluar duit,saja try suruh wife aku check akaun tgk dah masuk ke. alhamdulilah dah masuk.
terus aku dan wife pergi baling pulak nak order perabot dari kedai yg kami percayai sbb dah 2kali amik dgn tokey ni harga pun ok, boleh amik hutang lagi.hehehe
pergi kat baling tu,amik peti ais,mesin basuh,katil n tilam spring king,katil bujang(xjadi amik tilam queen.) cabinet tv, coffee table, 1 set dining table, 2 meja study budak2. kat sini ja terus over bajet hahahaha. total jadi Rm 7220 sbb peti ais amik yg 2 pintu 570liter ada inveter,mesin basuh 11kg.kt sini ja dah 3500.tapi sofa x dak yg berkenan.wife aku dok teringat yg wescourt jugak nak cari yg sama tapi xdak .sbb nak yg sama sbb bantal kecik dah beli ikut matching kaler sofa coklat tu.jadi kat kedai ni bayar muka dulu 2k,bulan2 janji bayar 300. tokey ni ok,xbyr 300 byr rm100 pun boleh kalo bulan tu semput.xdak nak cas atau denda lewat,janji bayar habis. rekod sebelom ni 2 kali amik barang dgn dia.
balance kat tgn masa tu ada 1876 lg,ajak wife p tido kt resort kolam air panas baling 1 malam.esok tu sebelom balik nibong tebal p repeat balik, nak beli jugak sofa coklat tu,degan muka xmalunya.. nasib baik 2 org kerani tu ok je.
minx dia org hantar hari ahad tu jugak xblh,sbb driver cuti,minx nak hantar hari isnin 5 mac ,xblh jugak sbb full haritu.
ok aku minx hari selasa.hari selasa je boleh tapi sebelom tgh hari. nnt hari isnin dia comfirm sela;i lagi.aku pun ok je.
buat payment full rm 1380.+ rm40 transport.
isnin 5 mac ,kerani tu call wife aku.nak hantar esok 6 mac selasa antara pukul 12-1pm.
akhirnya semalam pukul 1 tgh hari sofa pun sampai.fuhhh seksa betoi kalo nak beli barang dgn wescourt ni.
aku rasa ni la kali terakhir dgn wescourt.
sory kalau karangan ni panjang sgt,jgn marah ya tuan rumah..
Thank you sebab sharing… moga ada yang ambil manafaat