Site icon Travel Blogger Malaysia

Beli Samsung Galaxy M20 Hanya Di Shopee Online

Beli Samsung Galaxy M20 Hanya Di Shopee Online. Samsung Malaysia Electronics bersama rakan kongsi pengedaran tunggalnya Shopee Malaysia hari ini memperkenalkan telefon pintar pertengahan segmennya, sebuah telefon pintar mampu milik. Ia dikenali dengan model Samsung Galaxy M20.

Model eksklusif dalam talian ini juga merupakan yang pertama dari telefon pintar siri Galaxy M untuk kemunculan pertamanya di Malaysia. Telefon Samsung Galaxy M20 yang baru dan kompetitif ini adalah telefon dari Samsung yang mempunyai kemampuan bateri bersaiz 5,000mAh pertama yang berharga di bawah RM1,000.

Baca : Beli Barang Online Di Shopee Malaysia

 


Beli Samsung Galaxy M20 Hanya Di Shopee Online

samsung galaxy m20 shopee malaysia

Dalam kemunculan rasmi Samsung Galaxy M20 pada Hari Jenama Super Samsung di Shopee, Samsung Malaysia akan memberikan harga promosi hebat yang pastinya anda tidak mahu ketinggalan.

Dengan tawaran ini, jom beli Samsung Galaxy M20 di Shopee Malaysia bermula pada 20 Mac 2019, pada jam 9.00 pagi dengan hanya RM799.

Pelanggan yang membeli Galaxy M20 di Samsung Online Store akan menerima speaker tanpa wayar Logitech X50 percuma bernilai RM98. Sementara itu, pembelian Galaxy M20 di laman web Shopee Online Malaysia akan menerima speaker tanpa wayar mudah alih Logitech X50 dan juga headset JBL bernilai RM227. Wow!!!

Spesifikasi ringkas Samsung Galaxy M20 adalah seperti berikut :

Panel skrin berukuran 6.3 inci dengan resolusi skrin penuh HD + 1080 x 2340 pixel
Sistem operasi Android v8.1 (Oreo)
Pemprosesan Octa-core (1.8 GHz, Dual core, Cortex Pemproses A73 + 1.6 GHz, Hexa Core, Cortex A53).
Memmori 3 GB RAM untuk prestasi yang lebih cepat dan bebas lag.
Paparan bezel yang kurang dengan titisan air
Skrin sentuh kapasitif
Nisbah aspek ketumpatan pixel 19.5: 9, 409 PPI dan skrin 83.44 peratus
GPU MP2 Mali-G71

Untuk maklumat lanjut tentang Galaxy M20 baru, sila layari Shopee Malaysia Galaxy M20

Exit mobile version