Site icon Travel Blogger Malaysia

Pentingnya Takaful : Beli Takaful Sebelum Anda Terlambat

photo-710912

photo 710912

Takaful atau dari bahasa mudah, konsep tabungan berkelompok untuk simpanan dan perlindungan diwaktu kecemasan dan kesusahan mengikut shariah sebenarnya mempunyai fungsi yang boleh membantu pemegang polisi disaat ditimpa musibah atau bencana. Ramai orang Islam khususnya tidak nampak akan kelebihan Takaful dan ramai juga antara kita terlewat dalam mendapatkan polisi takaful ini.
Untuk makluman umum, anda boleh membeli seberapa banyak polisi takaful (konsep insurans yang mengikut Shariah), tetapi untuk kos bayaran bil perubatan, anda hanya layak untuk tuntut menggunakan satu polisi sahaja. Tetapi, untuk bayaran pampasan faedah harian hospital, kemalangan dan kematian, anda boleh tuntut sebanyak mana yang anda carumkan mengikut syarat-syarat yang terkandung dalam polisi Takaful anda.
Walaubagaimana pun, semua ini tertakluk kepada syarat-syarat asas. Antara syarat utama dalam takaful ialah, ketika anda membeli polisi Takaful samana Medical Card atau General Life, anda tidak mempunyai 36 sakit kritikal yang termaktub dalam terma Takaful dan Insurans. Bermakna, anda sihat atau tidak pernah mempunyai penyakit yang kritikal untuk melayakkan anda mendapat perlindungan sepenuhnya.
Untuk makluman juga, kebanyakkan syarikat Takaful memberikan masa dari 1 tahun sehingga 2 tahun dari tarikh polisi diambil untuk memastikan pemegang polisi memang tiada penyakit kritikal seperti yang dimaksudkan. Walau bagaimana pun, untuk kes seperti kemalangan, polisi aktif serta merta dari tarikh duit anda diterima oleh syarikat Takaful berkenaan.

Seperti kes yang MrJocko handle ini, pemegang polisi pada awal tidak memberitahu syarikat yang beliau mempunyai penyakit Asma atau Lelah. Bila ditanya, beliau hanya memberitahu bahawa pernah masuk ke hospital dengan alasan ‘penyakit buatan orang’. Namun selepas 3 bulan, beliau mula menghantar borang claim untuk hospital benefit. Namun selepas diselidik, dalam report tersebut ternyata Doktor secara jelas menyebut ‘ia adalah disebabkan penyakit Asma atau Lelah’. Oleh sebab ini, secara kebiasaan, tuntutan beliau kemungkinan besar, 100% akan ditolak kerana penyakit Asma, Jantung, Kanser dan lain-lain bukan satu penyakit yang memakan masa dua atau tiga hari. Lebih jelas, rupanyan pemegang polisi sudah ada rekod Asma sejak lebih 5 tahun yang lepas.
Tiada pilihan untuk pemegang polisi melainkan Agen menasihatinya untuk ‘surrender’. Pun begitu, jika serahan balik polisi atau ‘surrender’ dibuat dalam masa selepas setahun, kerana sekurang-kurangnya pemegang polis akan menerima balik sedikit refund. Ini semua terpulang ke atas budi bicara dan persetujuan antara Agen dan Pemegang Polisi.
Seperkara lagi, apabila pemegang polisi menghantar serahan balik polisi atau ‘surrender’ ia bukan automatik stop pada hari tersebut. Banyak syarikat akan mengambil masa beberapa hari untuk tujuan proses dan semua bergantung kepada polisi syarikat yang berbeza.
Jadi, sekiranya anda belum mempunyai Takaful, MrJocko cadangkan :
1. Beli satu polisi yang minima untuk perlindungan dihari kecemasan
2. Pilih polisi yang bersesuaian dengan anda, jangan terikut-ikut dengan cadangan Agen.
3. Sebaiknya pilih polisi yang mempunyai Takaful Investment link dengan kadar yang tidak terlalu banyak kepada Investment.
4. Kalau anda sudah punyai salah satu atau lebih dari 36 penyakit kritikal, maklumkan kepada Agen atau Syarikat Takaful anda. Jika anda menyembunyikan fakta sebenar, anda mungkin di nafikan menerima faedah yang anda pernah beli.
5. Bayaran Polisi Takaful kanak-kanak lebih murah berbanding Polisi Takaful dewasa.
Exit mobile version