Kat Mana Nak Beli Tiket Bas Keretapi Secara Online BusOnlineTicket
|Suka travel atau memang jenis suka berjalan-jalan pusing satu Malaysia atau keluar ke Thailand, Singapura dan Indonesia. Mungkin selain naik kapal terbang, ada tertanya Kat Mana Nak Beli Tiket Bas Keretapi Secara Online. Jawapannya ialah boleh beli di BusOnlineTicket.
Satu laman web sehenti untuk penumpang bas, keretapi dan juga feri membeli tiket pengangkutan awam di Malaysia, Thailand, Singapura dan juga Indonesia. Dengan kemudahan laman web ini, penumpang boleh memilih tiket mereka dengan mudah dengan bayaran yang lebih selamat.
Beli Tiket Bas Keretapi Secara Online BusOnlineTicket
Kalau dari Kuala Lumpur, antara destinasi pilihan popular penumpang yang membeli tiket bas secara online ialah ke destinasi Cameron Highlands, Pulau Pinang, Johor Bahru dan juga Singapura.
Manakala kalau dari Singapura, ramai penumpang memilih untuk beli tiket bas online ke Kuala Lumpur, Cameron Highlands, Genting Highlands dan juga Pot Dickson.
Destinasi lain di Malaysia juga ada banyak. Boleh pilih destinasi pilihan bas di seluruh destinasi di Malaysia dan bayar secara online menggunakan Debit Card dan Credit Card.
Lebih menarik bila pakej online juga turut ditawarkan seperti jualan pakej tiket bas dan hotel dari Singapura hanya bermula dari harga SGD185 dari Singapura ke Kuala Lumpur. Untuk pakej harga promosi lain, korang boleh semak di laman web rasmi mereka seperti http://www.busonlineticket.com/booking/singapore-to-kuala-lumpur-bus-tickets
Kalau nak cari tiket keretapi ke banyak destinasi lain, boleh cuba survey harga tiket keretapi online di sini http://www.busonlineticket.com/booking/ktm-train-tickets.aspx
Oh ya, ada juga tiket online untuk pembelian Feri seperti perjalanan dari Singapura ke Batam, Singapura ke Bintan, Desaru ke Singapura, Pulau Pinang ke Langkawi, Kuala Besut ke Pulau Perhentian, Pulau Langkawi ke Koh Lipe dan juga dari Jeti Merang ke Pulau Redang.
Kalau korang nak gunakan airport transfer dari KLIA/KLIA2 ke Kuala Lumpur untuk muatan 3 – 4 orang dengan nagasi yang besar boleh cuba tempah tiket airport transfer online di sini. Harga yang ditawarkan bermula dari MYR175.
Untuk operator bas, di sini ada banyak syarikat yang mengambil bahagian. Jadi tak perlu risau. Pilih la syarikat mana yang korang mahu dengan pilihan destinasi yang pelbagai dengan harga yang lebih murah dari perjalanan penerbangan kapal terbang.
Untuk destinasi pelancongan menarik yang ada di Malaysia, boleh la baca blog kembara MrJocko di www.mrjocko.com.