Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Berapa Gaji Menteri Dan Timbalan Menteri Malaysia 2013

Pernah tak kita tertanya-tanya, berapa sebenarnya gaji dan elaun-elaun tambahan lain yang diberikan kepada Menteri dan Timbalan Menteri di Malaysia. Mungkin ramai yang tidak tahu tentang berapakah sebenarnya gaji dan elaun tambahan yang diterima oleh Menteri dan Timbalan Menteri setelah mereka dilantik oleh kerajaan.

MrJocko dapat info ini dari satu laman web. Tak pasti juga samada kebenaran maklumat ini, tetapi sebelum ini MrJocko pernah baca artikel di suratkhabar utama Malaysia yang anggaran gaji Menteri sekitar RM40,000 ke RM50,000 termasuk elaun tetap setiap bulan.

Baca : Gambar Selfie Perdana Menteri Malaysia

berapa gaji menteri malaysia

 


Berapa Gaji Menteri Dan Timbalan Menteri Malaysia 2013

 

Kalau kita ikut nilai yang dikongsi di sini, mungkin kita nampak satu nilai imbuhan yang besar kepada Menteri dan Timbalan Menteri. Nilai RM18,000 untuk gaji Menteri, elaun keraian, elaun Wakil Rakyat, elaun Perumahan, Elaun Parking dan nilai keseluruhannya bernilai RM55,650 merupakan jumlah gaji yang besar. Sebab itu kita sebagai rakyat memang berharap supaya Menteri menjalankan tugas-tugas mereka dengan sebaik mungkin.
 

Nilai gaji yang sebesar itu datang dari duit cukai rakyat dan sememangnya sebagai amanah kepada Menteri untuk melakukan kerja mereka sebaiknya. Ada juga sesetengah Menteri yang berhati mulia sanggup mengetepikan beberapa bahagian duit gaji dan elaun mereka untuk membantu rakyat. Ada juga yang kluar duit poket sendiri untuk salur bantuan. Menteri macam ni la yang kita nak.
 
YB KJ pun nampaknya antara Menteri yang semakin di sukai ramai kerana dibawah kendaliannya, Kementerian Belia dan Sukan semakin nampak bergerak dan menjalankan tugas-tugas yang baik.

Info Ringkas

Kabinet Malaysia atau Jemaah Menteri (Tulisan Jawi: جماعه منتري) ialah sebuah badan eksekutif kerajaan Malaysia. Kabinet diketuai oleh Perdana Menteri dan merupakan sebuah majlis menteri-menteri yang bertanggungjawab kepada Parlimen. Seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, anggota Kabinet hanya boleh dipilih daripada mana-mana Majlis Parlimen iaitu Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara. Kebiasaannya, Yang di-Pertuan Agong melantik semua menteri atas nasihat Perdana Menteri. Namun begitu, seorang Perdana Menteri hendaklah dilantik terlebih dahulu dari Dewan Rakyat.

Anggota Kabinet sering dilantik daripada majlis terendah bagi Parlimen, Dewan Rakyat Malaysia. Walaupun Timbalan Menteri dan/atau Setiausaha Parlimen dilantik mengikut setiap portfolio, tetapi mereka tidak termasuk dalam Kabinet. Kabinet seringkali bermesyuarat secara mingguan, setiap Rabu.

Barisan kabinet, dan jumlah portfolionya bergantung besar terhadap kehendak Perdana Menteri.

Gaji pokok seorang menteri kabinet ialah RM14,907.20 manakala timbalannya mendapat RM10,847.65 sebulan.

p/s : kat mana agaknya kita boleh tahu nilai sebenar gaji jemaah menteri, timbalan menteri, senator dan sebagainya sebagai panduan untuk kita rakyat Malaysia???

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.