Site icon Travel Blogger Malaysia

Berapa Lama Tempoh Lazada Malaysia Hantar Barang Belian Online

Lazada

Kami tahu, ramai yang suka membeli barangan secara online. Untuk laman web belian online terkenal di Malaysia, Lazada Malaysia, mesti ramai nak tahu, Berapa Lama Tempoh Lazada Malaysia Hantar Barang Belian Online yang telah mereka bayar. Tak kira samada beli barang dalam Malaysia atau baranga ndari luar negara, pasti pembeli nak tempoh penghantaran yang cepat.

Ini pengalaman sendiri MrJocko ketika beli satu Rak Kasut dan juga Headphone awal bulan Mac 2017 yang lepas. Seller dalam Malaysia, dan kami berada di Kuala Lumpur. Rupanya, status delivery dari Lazada Malaysia ini memang memuaskan dan kali ini sangat cepat dan tepat.

Baca : Banyak Kes Beli Barang Online



Tempoh Lazada Malaysia Hantar Barang Belian Online

Berapa Lama Tempoh Lazada Malaysia Hantar Barang Belian Online
 

Memandangkan ada promosi murah di laman web Lazada Malaysia, MrJocko bercadang untuk beli rak kasut. Harga selepas diskaun cuma RM24.78 sahaja. Lebih menarik, penghantaran adalah percuma dan juga untuk rak kasut ini, anda boleh beli secara ‘Cash On Delivery’. Barang sampai di tempat anda, baru anda bayar CASH. Menarik bukan???

Servis bayar ‘Cash On Delivery’ ni sesuai bagi yang baru berjinak dengan dunia belian online atau mereka yang punyai masalah dengan akaun bank online. Khidmat COD ni lagi senang. Order, barang sampai, bayar full amount.
 

Baca : http://www.mrjocko.com/2014/12/bayar-cash-on-delivery-dengan-lazada.html

 

 

Cuba lihat pengalaman MrJocko beli barang online di Lazada Malaysia. Pada jam 3.37 petang, tarikh 7 Mac 2017, confirmkan belian rak kasut dan juga headphones. Jam 9.54 malam, barang sudah siap untuk dihantar ke Regional Hub penghantaran.

Awal pagi keesokkannya, 8 Mac 2017, seawal jam 5.40 pagi, barang sudah sedia untuk dihantar. Jam 2.00 petang, barang selamat sampai di alamat MrJocko di Ara Damansara. Yeay!!! Sangat cepat.

Untuk review servis penghantaran barang Lazada Malaysia ini, MrJocko berani bagi rating 5 stars. Ia memang servis penghantaran terbaik.

Untuk review pembelian di Lazada Malaysia juga, MrJocko berikan rating 5 Stars juga kerana pilihan barangan yang pelbagai, banyak pilihan dan juga kemudahan pelbagai cara bayaran samada bayar guna credit card, debit card, payment online, paypal, vouchers, dan juga cash on delivery.

Thumbs up untuk servis Lazada Malaysia. Harap mereka akan kekalkan servis sebaik ini atau tambah lagi servis lain untuk semua pelanggan mereka.

Exit mobile version