Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Tips Travel Berapa Perlu Tukar Duit Untuk Travel Ke Jepun

Biasanya untuk anda yang nak melancong ke satu-satu negara, masalah yang selalu dihadapi oleh semua orang ialah bajet berapa duit yang perlu ditukar untuk kos belanja di lokasi yang nak dituju. Untuk kes MrJocko, berapa perlu tukar duit untuk ke Jepun? Berapa jumlah nilai Yen yang perlu MrJocko bawa untuk tempoh percutian 5 hari 4 malam di Tokyo?

Sebenarnya untuk trip ke Tokyo ini, MrJocko sudah selesai menempah tiket penerbangan dan hotel melalui pakej promosi murah dan berbaloi di AirAsiaGo.com.my. Alhamdulillah, pakej yang kami dapat memang murah iaitu RM1,300 bagi setiap seorang untuk penerbangan pergi dan balik serta penginapan di hotel bertaraf 3 bintang di Tokyo, Jepun selama 5 hari 4 malam.

Baca : Trip Percutian Ke Fukuoka Jepun

 


Tukar Duit Ke Jepun

tukar_duit_ke_jepun_01 tukar_duit_ke_jepun_02

 

Jadi yang perlu kami fikirkan di sini, berapa jumlah Yen yang kami perlu bawa setiap seorang untuk belanja makan, pengangkutan dan juga sedikit shopping di Tokyo. Biasanya jumlah yang kami akan bawa bergantung kepada habit perbelanjaan kami yang biasa kami amalkan di Malaysia.

Untuk MrJocko, berapa perlu tukar duit untuk ke Jepun, berdasarkan anggaran kos belanja di sana. Di anggarkan kos untuk makan untuk pagi, tengahari dan malam, sekitar RM150 setiap hari dan pengangkutan sekitar RM50 sehari. Jadi, perlu peruntukkan RM200 sehari bersamaan dengan 4 malam jadi sekitar RM800 sahaja. Untuk shopping, mungkin boleh guna sekitar RM1,000 kerana banyak barang di Jepun agak mahal berbanding Kuala Lumpur. Jadi mungkin nilai 60,000 Yen sesuai untuk MrJocko.

Baca : Informasi Menarik Tentang Negara Jepun Melalui JNTO

Untuk Man Raja Lawak, MrJocko rasa, dia boleh bawa sekitar RM5,000 untuk belanja di Tokyo. Jadi disebabkan dia banyak duit, MrJocko anggarkan dia perlukan sekitar 160,000 Yen untuk belanja di Tokyo. Dia mesti shopping lebih sebab boleh cari produk-produk terbaik untuk diri dia sendiri. Maklum la selebriti :).

Apapun sebenarnya, bajet berapa duit Yen yang anda patut bawa jika melancong ke Jepun, bergantung kepada kos gaya hidup anda seperti di Kuala Lumpur. Cuma kalau kebiasaannya, kos di Jepun bernilai hampir sekali ganda kos kehidupan di Kuala Lumpur dan kadang-kadang boleh mencecah 2 kali ganda.

Sebaiknya, rancang perjalanan anda walau ke mana pun dengan sebaiknya. Lakukan survey ringkas dan dapatkan maklumat terperinci untuk memudahkan perjalanan anda. 

InsyaAllah, doakan perjalanan kami berempat, MrJocko, Man Raja Lawak, Mie dan Hafidz akan selamat pergi dan selamat balik dalam Trip Travel Lawak kami ke bumi Tokyo, Jepun kali ini.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.