Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Saya Makan Beras Jasmine Rice Malaysia Kualiti Beras Terbaik

Makanan Ruji rakyat Malaysia semestinya beras. Dari beras terhasil nasi yang kita makan setiap hari. Oleh itu, untuk rasa nasi yang terbaik, saya makan beras Jasmine Rice Malaysia kerana kualiti beras terbaik setiap hari. Paling menjadi pilihan beras Jasmine Rice Sunwhite warna Pink dan Jasmine Rice Super 5.

Minggu lepas, MrJocko dijemput untuk food review produk Jasmine Rice di sebuah restoran masakan Thai yang terkenal di Kota Damansara. Kali ini, MrJocko dan rakan-rakan blogger mencuba kombinasi beras Jasmine Rice dengan menu makanan sedap, disediakan oleh chef yang berbakat di Erawan Classic Thai & Fusion Restaurant, Kota Damansara, menggunakan Jasmine Sunwhite Beras Wangi.

Baca : Menu Nasi Goreng Yang Sedap Di Bangsar

Sedap ke Beras Jasmine Rice Malaysia?

Jasmine Rice Malaysia

 

Kali ini MrJocko dan rakan blogger mencuba hidangan masakan Thai asli dengan 2 jenis beras Jasmine, iaitu Jasmine Sunwhite AAA Fragrance Rice dan Jasmine Super 5 White Rice. Untuk info, beras-beras Jasmine Rice ini telah digunakan dalam dua hidangan berasingan iaitu Thai Plain Fried Rice dan juga Nasi Putih di Restoran Erawan.

Dulu, MrJocko sendiri menggunakan beras Jasmine Rice Super 5 yang bersaiz 5kg. Tetapi beberapa tahun lepas, kami sekeluarga dah beralih menggunakan beras wangi Jasmine Sunwhite AAA bersaiz 10kg.

Produk Terbaik Jasmine Rice Malaysia

Jasmine SunwhiteJasmine Super 5

 

Memandangkan kita mempunyai citarasa Melayu, masakan menu Thai, mesti ada rasa pedas. Oleh itu, hidangan Thai yang sangat pedas dihidangkan dalam menu Thai Basil Chicken, Kari Udang dan beberapa menu yang kami cuba hari itu. Di Restoran Erawan , ada beberapa tahap pedas yang anda boleh pilih samada normal, pedas dan sangat pedas. Menu lain yang kami cuba, Telur Bungkus, TomYam Putih Asli, Sayur Goreng Garlic dan semestinya Nasi Goreng yang sedap di Erawan. 

Kombinasi hidangan nasi dab beras Jasmine Rice Malaysia ini memang berbaloi untuk anda makan. Lebih lebih lagi jenis yang memang suka makan nasi. Paling sedap, ramai yang akan kata, beras Jasmine Rice SunWhite yang dipaketkan dalam pek warna Merah Jambu.

Nak tahu apa lagi yang MrJocko makan? Layari http://www.mrjocko.com/tag/makan

Beras Jasmine Super 5

jasmine_rice_malaysia_01 jasmine_rice_malaysia_04

Beras Jasmine Super 5 jasmine_rice_malaysia_06

Harga Beras Jasmine SunWhite

Sebagai info, beras Jasmine Rice Super 5 datang dengan 2 saiz iaitu Jasmine Super 5 bersaiz 5kg dengan harga sekitar RM19.99 dan Jasmine Super 5 bersaiz 10kg dengan harga sekitar RM27.99 di pasaraya berdekatan anda.

Beras Wangi Special Jasmine Sunwhite AAA bersaiz 5g dijual sekitar RM33.99 manakala Beras Wangi Special Jasmine Sunwhite AAA bersaiz 10g dijual dengan harga sekitar RM66.99. Nak lihat kualiti beras Jasmine yang lain boleh layari http://www.jasmine.com.my

Nak cuba menu Thai asli dan sedap dengan kombinasi masakan dengan beras Jasmine Rice, boleh ke Restoran Erawan Classic Thai & Fusion di Kota Damansara. Mereka akan menyediakan menu-menu hebat asli citarasa Thai dengan pilihan pelbagai yang sedap dan lazat dengan nasi Jasmine Rice Malaysia.

Erawan Classic Thai & Fusion
22, Jalan PJU 5/16, Pju 5,
47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel: 03-6141 2393
Facebook: https://www.facebook.com/Erawan-Classic-Thai-Fusion-111634485586783/
Laman Web: www.erawan-classicthai.com

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.