Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Berbaloi Ke Basuh Kereta Luar Dan Dalam?

Akhirnya, selepas puluhan tahun guna kereta, baru terbuka hati nak cuba tempah perkhidmatan Basuh Kereta Luar dan Dalam. Kalau sebelum ni, kami hanya sekadar basuh luar sahaja, kali ini terpaksa juga untuk basuh bahagian dalam. Sebab apa tak pernah buat, sebab kami juga jahil dan tak yakin, Berbaloi Ke Basuh Kereta Luar Dan Dalam?

Namun, kali ini terpaksa tidak kena buat. Pertama, sebab kereta Kia ni dah tersadai di bengkel selama lebih kurang 8 bulan. Akibat overheated, terpaksa kami buat overhaul dan tukar banyak park di dalam enjin untuk menjadikan ia kembali sihat. Alhamdulillah, setelah berhabis sekitar RM5500, kereta telah selamat dibawa pulang ke rumah.

Baca : Kereta Rosak Overheated, Kena Buat Apa?

basuh kereta luar dan dalam

Berbaloi Ke Basuh Kereta Luar Dan Dalam?

Basuh Kereta Luar Dalam

 

Aku dapat contact nombor telefon brader ni dari Iklan Facebook. Tawaran iklan Basuh Dalam Kereta ni ada 3 pakej, bermula dengan harga RM99, RM129 dan RM189. Yang aku ingat, pakej pertama basic cuci, pakej kedua cuci dengan steamer panas dan pakej ketiga dengan pakej bersama dengan sedut bau kereta.

Memandangkan aku nak cuba dulu, asalnya aku ambik pakej RM99 sahaja. Namun, bila brader tu sampai dan membuat penerangan, aku ambil pakej kedua, RM129. Biar dia cuci dalaman dan spray chemical sikit untuk mati kuman. Maklumlah, dalam kereta ni dan banyak berkulat…
 

Basuh Kereta Luar Dalam

Basuh Kereta Luar Dalam
 

Aku buat appointment jam 11.00 pagi dan brader tu sampai tepat pada masanya. Oleh kerana aku duduk di kediaman apartment dan kereta aku berada di parkir di bawah, kami decided untuk buat di sini sahaja. Kebetulan, cuaca agak redup dan tak panas.

Bermula dengan semburan awal, kemudian brader tu mula mencuci dengan semburan air dan bahan cucian serta memberus, semua menggunakan mesin khas yang dibawa. Jangan risau jika tiada sumber elektrik, kerana mereka memang mempunyai Generator Elektrik tersendiri. Mudah.
 

Basuh Kereta Luar Dalam

Basuh Kereta Luar Dalam

Basuh Kereta Luar Dalam
 

Aku perhatikan 2 – 3 kali juga proses untuk membasuh setiap seat yang ada di dalam kereta ini. Dari step by step, memang aku puas hati. Cuma, mereka hanya cuci seat sahaja. Dashboard, panel pintu, bumbung, dan papan belakang mereka tak buat. Terpaksalah buat sendiri.

Dari mula start, sehingga tamat, ia memakan masa sekitar 1 jam 15 minit, ia berakhir dengan semua seat dibasuh dan disembur steamer panas untuk cucian maksima.

Step seterusnya, kereta kena jemur supaya air basuhan tadi kering dengan sekeringnya. Sebaiknya pintu kereta perlu dibuka luas dan biarkan udara panas memanaskan bahagian ini supaya kering sepenuhnya.

Untuk servis cucian dalaman seperti ini, sangat sesuai untuk kereta yang mempunyai seat fabrik seperti kereta Kia aku. Kalau seat kulit, mungkin kena cari cara lain.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.