Site icon Travel Blogger Malaysia

Berbaloi Menginap Di Rendezvous Studio Hotel Perth

Selama percutian kami sekeluarga ke Western Australia, Perth, kami tidak menempah hotel untuk malam terakhir. Kali ini, kami ingin mencuba nasib untuk mencari dan walk-in ke hotel-hotel sekitar bandar Perth. Dalam banyak-banyak hotel yang kami singgah, akhirnya kami menginap di Rendezvous Studio Hotel Perth.

Berbaloi Menginap Di Rendezvous Studio Hotel Perth ini. Kenapa? Nanti MrJocko ceritakan selepas ini. 

 


Hotel Review Rendezvous Studio Hotel Perth Western Australia

Rendezvous Studio Hotel Perth
 

Selepas bergambar di Crawley Edge Boatshed dan kemudian kembali ke Kings Park untuk melihat pemandangan bandar Perth dan Swan River di waktu malam, kami mencari lokasi untuk menginap di malam terakhir. Memandangkan esoknya kami akan ke Caversham Wildlife Park, mulanya kami bercadang nak ke kawasan sana, tetapi oleh kerana malas nak drive, MrJocko pilih bermalam di tengah bandar Perth.

Pengalaman Inap di Caravan Park, Western Australia

Beberapa hotel sebelum itu sudah penuh dan tidak menerima lagi tetamu macam kami, 2 dewasa dan 3 kanak-kanak. Walaupun kami kata ‘okay’ untuk menginap di hotel yang mempunya bilik berkatilkan Queen Size, mereka tetap tidak menerima.

Rupanya, cara mereka di Australia agak ketat dalam polisi hotel dan jumlah tetamu bilik, bagi memastikan setiap pelanggan berpuas hati dan selesa.

Akhirnya, kami sampai di Rendezvous Studio Hotel, di Mount Street, berdekatan dengan Kings Park & Botanic Garden. Alhamdulillah, mereka menerima MrJocko untuk menginap di situ. Asalnya bilik yang MrJocko bayar hanyalah bilik Standard, tetapi Alhamdulillah, atas budi bicara staff di kaunter pendaftaran, mereka upgrade bilik MrJocko kepada bilik Executive Suite. Bayangkan MrJocko hanya membayar AUD120 sahaja, tetapi diberikan bilik Suite yang memang luas.

Bilik di Rendezvous Studio Hotel Perth

Baca : Air BNB di Australia Murah dan Berbaloi

 

Rezeki kami di sini berbaloi untuk kami sekeluarga. MrJocko, wife dan baby Kayla dapat tidur di tilam Queen Size, manakala kakak Khalisha dan Hasya tidur selesa di sofabed di depan TV.

Ruang hall di dalam bilik ini juga besar dan ia juga punya ruang bilik air yang agak selesa. Saiz TV di sini juga memang besar dan berbaloi, cukup untuk kami menonton sekeluarga dengan selesa.

Hotel Rendezvous Studio Perth ini dikatakan diklasifikasi sebagai hotel 4.5 Stars. Ia mempunyai kemudahan kaunter pendaftaran 24 jam, cafe dan bar, in-room safes, gym dan sauna, dry cleaning services dan banyak lagi yang patut ada untuk hotel bertaraf 4.5 Stars. Waktu check-in ialah jam 2.00 pm dan waktu check-out jam 11.00 pagi.

Oh ya, kereta kami parking di ruang parkir awam di hadapan hotel. memandangkan esoknya hari Ahad, maka ia dalah PERCUMA, tidak perlu risaukan bayaran parkir. kalau tidak, baik berhati-hati takut kena saman dengan Polis Australia.

 

 

Exit mobile version