Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Bercuti Bersama Dato Siti Nurhaliza Ke Dubai Pakej 6 Hari 4 Malam

Kepada peminat Dato’ Siti Nurhaliza, anda kini berpeluang untuk melancong sambil menikmati showcase istimewa bersama beliau melalui 2 pakej perlancongan teristimewa. Pakej pertama ialah Bercuti Bersama Dato Siti Nurhaliza Ke Dubai Pakej 6 Hari 4 Malam dimana anda akan dibawa melawat ke Dubai dan Abu Dhabi.

Pakej bercuti bersama selebriti Dato Siti Nurhaliza ini adalah anjuran pihak Malaysian Harmony Tour & Travel Sdn Bhd. Syarikat ini adalah antara syarikat yang penuh dengan pengalaman dalam menganjurkan trip seperti ini terkenal di dalam dan di luar Malaysia.

 

Bercuti Bersama Dato Siti Nurhaliza

pakej bercuti Dato Siti Nurhaliza

 

 

Pakej percutian selama 6 hari 4 malam ini akan melewati dua bandar utama di United Arab Emirates iaitu Dubai dan Abu Dhabi. Di Dubai anda akan dibawa melawat ke Dubai Mall dan juga bangunan Tertinggi Di Dunia iaitu Burj Khalifa. Tidak hanya itu, anda akan menyaksikan pancuran air yang berirama di tasik buatan antara Dubai Mall dan Burj Khalifa yang dikatakan antara pancutan air berirama terbaik di dunia selama lebih kurang 5 minit.

Di Dubai juga anda akan dibawa untuk shopping jenama ekslusif dan mewah di Dubai Mall dan akan dibawak ke Spice Souq dan Gold Souq di kota lama Dubai. Memandangkan anda sudah berada di padang pasir, sudah pasti pengalaman menaiki Kereta Pacuan 4 Roda perlu anda cuba.

Di Abu Dhabi, lebih kurang 1 jam perjalanan dari Dubai, anda akan dibawa melawat ke Masjid Sheikh Zayed yang amat indah, masjid ketiga terbesar di dunia. Sudah pasti hidangan masakan Timur Tengah mesti anda cuba sambil menikmati pemandangan cantik di negara UAE ini.

 

bercuti-bersama-dato-siti-nurhaliza-03 Bercuti Bersama Dato Siti Nurhaliza Bercuti Bersama Dato Siti Nurhaliza Bercuti Bersama Dato Siti Nurhaliza

 

Nampaknya, jika anda memang nak ke Dubai dan Abu Dhabi, ini peluang terbaik anda untuk membeli pakej murah ke United Arab Emirates ini dengan harga hanya RM5,988 sahaja, tiada tambahan harga walaupun anda akan bersama-sama dengan Dato Siti Nurhaliza. Untu pakej cuti Dato Siti Nurhaliza ini, ia akan dijadualkan pada 14 November 2016 nanti.

Dalam percutian ini, ada penampilan Khas Dato Siti Nurhaliza dan beliau akan menyanyikan lagu popular beliau dalam majlis khas ketika percutian ini. Wah!!! Menarik bukan? Pergi bercuti di Dubai dan Abu Dhabi dengan dapat menonton show khas dari Dato Siti Nurhaliza di luar negara.

Untuk anda yang berminat mendapatkan maklumat lanjut, apa tunggu lagi, boleh segera hubungi Malaysian Harmony di laman web rasmi mereka www.malaysianharmony.com.my dan www.ziarahharmoni.blogspot.com

Jom Bercuti Bersama Dato Siti Nurhaliza Ke Dubai dan alami pengalaman percutian terbaik hanya dari Malaysian Harmony dan Ziarah Harmoni.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.