Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Best Bercuti Di Gold Coast Morib Resort Selangor

Best Bercuti Di Gold Coast Morib Resort Selangor. Ya memang best. Seminggu sebelum puasa, kami sempat pergi cuti-cuti di Gold Coast Morib, salah satu resort yang ada taman tema di kawasan Morib. Memang tak pernah sampai ke Morib, dan ini adalah kali pertama MrJocko singgah sini.
Oleh kerana pakej yang MrJocko beli tu, hanya untuk hari bekerja, MrJocko decided untuk pergi hari Jumaat dan kami bertolak selepas Solat Jumaat dari KL. Perjalanan memakan masa cuma 2 jam, dan akhirnya kami selamat sampai di Gold Coast Morib.
Selesai urusan pendaftaran, kami check in dan kami keluar mandi di Taman Tema sekejap sementara menunggu masa makan malam. 

Lupa nak bagitahu, bilik kami memang best. Kami pilih ambik 2 katil Single dan di dalam bilik kami memang ada Jakuzi. Yes,,, memang best bila bilik air ada jakuzi ni. Syiokkk anak-anak mandi.
Hari kedua, kami mandi lagi sehingga petang. Oleh kerana kami Guest Hotel, kami boleh gunakan ‘Tag Pass Masuk’ untuk dua hari, selagi ‘Tag Pass Masuk’ tersebut masih tak buang, selagi tu kami boleh masuk ke taman tema. Oleh sebab tu, hari kedua, kami berendam, dari tengahari sampai petang, besttt. Yang paling best, my kids memang happy sangat-sangat sampai tak nak naik.

Kat Gold Coast Morib Resort ni banyak bilik jugak. Biasanya kalau nak ke sana, tempah awal-awal lagi senang. Mana tahu kot-kot dah penuh. 
Taman Tema dalam Gold Coast Morib ni banyak jugak permainan air yang di sediakan. Ada 2 jenis gelongsor air dan juga satu gelongsor terbuka. Kolam mandi pulak ada banyak jenis dari kanak-kanak sehingga untuk orang dewasa. Kalau korang tak pandai berenang, jangan risau, di sini ada Penyelamat.
Harga asal pakej penginapan di Gold Coast Morib kalau tak silap MrJocko, harga biasa sekitar RM400++ bagi satu bilik. Tetapi jangan risau, untuk tempoh masa sekarang ada pakej serendah RM180++ untuk Studio Suite dari 1 Julai 2012 sehingga 31 August 2012 dan cuma RM145++ dari 1 September 2012 sehingga 31 December 2012.
Untuk Booking Online boleh masuk ke sini Gold Coast Morib

MrJocko.com

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.