Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Bergambar Dengan Lukisan Mural Di Lebuh Armenian George Town

Beberapa tahun lepas mrJocko sempat jalan-jalan di Lebuh Armenian. Kali ni, MrJocko bawa Wife dan Anak-anak untuk turut merasai pengalaman jalan-jalan di Lebuh Armenian George Town (Armenian Street). Ini masa kami Bergambar Dengan Lukisan Mural Di Lebuh Armenian George Town.

Lebuh Armenian adalah salah satu lorong yang sangat popular di George Town. Ia adalah didalam kawasan yang telah diistiharkan sebagai kawasan George Town Unesco World Heritage Site.

Mungkin ada yang tidak tahu bahawa nama Armenian Street ini diambil sempena nama sekeluarga dari Armenia yang pernah menginap di sini pada awal abad ke-19. Dulu dikawasan ini diadakan Armenian Street Fair setiap minggu.

Baca : Bercuti Sekeluarga Ke Pulau Pinang

 


Lukisan Mural Di Lebuh Armenian

Lukisan Mural Di Lebuh Armenian Georgetown
 

Baca: Tempat Best Wajib Lawat di Pulau Pinang

 

Antara lukisan mural yang paling terkenal di Lebuh Armenian ini ialah  “Little Children on a Bicycle” yang dilukis oleh Ernest Zacharevic. Ia seakan menjadi tarikan utama pelancong seluruh dunia untuk datang melihat dan bergambar di lukisan mural hebat ini. Kalau nak tahu, lukisan ini dilukis oleh Ernest Zacharevic sempena dengan George Town Festival 2012.

Gambar Mural Street Art Lebuh Armenian George Town

 

Lukisan Mural Di Lebuh Armenian George Town

 

Selain itu, banyak lagi lukisan mural yang cantik dan hebat boleh anda lihat di sini. Memang banyak. Anda cuma perlu berjalan kaki atau menaiki beca pusing sekitar Lebuh Armenian untuk melihat puluhan koleksi gambar mural di dinding bangunan di Lebuh Armenian George Town Penang ini.

Percayalah, anda akan penat seharian berjalan hanya di sekitar Lebuh Armenian ini. Pusing keliling dan masuk setiap lorong untuk mencari lukisan-lukisan hebat yang dilukis di sini.

 

Bergambar Dengan Lukisan Mural Di Lebuh Armenian George Town Bergambar Dengan Lukisan Mural Di Lebuh Armenian George Town Bergambar Dengan Lukisan Mural Di Lebuh Armenian George Town Bergambar Dengan Lukisan Mural Di Lebuh Armenian George Town Bergambar Dengan Lukisan Mural Di Lebuh Armenian George Town
 

Jangan bimbang, walaupun penat, tetapi ia berbaloi. Pengalaman di Lebuh Armenian George Town ini memang best dan menarik. Tidak akan ada lorong-lorong hebat seperti ini di dunia, selain dari Lebuh Armenian. Ini lokasi WAJIB LAWAT jika anda berada di Pulau Pinang.

Kalau tak nak lebih penat, anda boleh menginap di hotel berdekatan di sekitar Lebuh Armenian. Ada banyak Guest House, Budget Hotel dan juga Boutique Hotel yang murah dan berbaloi untuk anda inap di sini.

Andai anda punya masa, apa lagi. Susun jadual dan pergi lah melancong ke Pulau Pinang untuk pengalaman hebat di Lebuh Armenian. Selain lukisan mural di Lebuh Armenian, anda juga boleh nikmati pengalaman melihat sendiri bangunan lama, food street serta pemandangan menarik yang ada di Pulau Pinang.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.