Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Bergambar Dengan Transformers Di Pulau Pinang

Sebelum ini memang dah kecoh cerita Transformers mendarat di Pulau Pinang. Watak Optimus Prime dan Bumblebee menyerang orang-orang Penang di Padang Kota Lama di kawasan padang Esplanade. Itu masa tahun 2015. Kini anda boleh bergambar dengan Transformers di Pulau Pinang bertempat di dataran sebelah Penang Times Square dan antara McDonalds Birch House Pulau Pinang.

Tak jauh sebebenarnya lokasi ini dengan Menara Komtar. Mudah sahaja kalau nak cari dua watak Transformers ini. Ia terletak di tepi jalan besar dan ada ruang parkir yang luas jika anda nak singgah sekejap untuk bergambar.

Baca : Tempat-Tempat Menarik Di Pulau Pinang

Transformers Di Pulau Pinang

Bergambar Dengan Transformers Di Pulau Pinang

 

Masa ke Pulau Pinang pada beberapa minggu lepas sempena dengan MWA2016, MrJocko sempat bawa anak-anak singgah untuk melihat 2 watak hebat filem Transformers ini. Dua watak ini yang bersaiz seakan saiz sebenar watak Optimus Prime dan Bumblebee kini diletakkan di dataran bersebelahan bangunan shopping mall Penang Times Square. 

Sebelahnya ialah bangunan kedai McDonalds yang terletak di bangunan Birch House, bangunan lama yang diubahsuai menjadi cafe hebat.

 

Bergambar Dengan Transformers Di Pulau Pinang Bergambar Dengan Transformers Di Pulau Pinang Transformers Di Pulau Pinang Transformers Di Pulau Pinang Transformers Di Pulau Pinang Transformers Di Pulau Pinang

 

 

Binaan watak Optimus Prime dan Bumblebee ini menyerupai watak asal filem Transformers. Kalau anda peminat filem ini, ia mestlah lokasi wajib singgah kalau bercuti ke Penang.

Sebagai seorang pelancong dalam Malaysia, MrJocko berpendapat, ia satu cara terbaik untuk menggalakkan pelancong dalam dan luar negara untuk singgah di sini. Ramai anak-anak suka bergambar dengan karakter seperti ini. Ia akan menjadi pilihan ramai.

Cuma diharapkan, ia dijaga sebaiknya. Jangan ada iklan atau poster yang tiak berkaitan terlalu rapat dengan binaan ini kerana ia akan mengganggu pemandangan. Tak cantik la kalau nak shoot photo kalau banyak sangat gangguan ganbar iklan atau poster iklan yang tidak berkenaan.

Jadi, siapa yang memang nak ke Pulau Pinang, boleh la susun jadual dan singgah bergambar kejap dengan Optimus Prime dan Bumblebee di Penang Times Square Pulau Pinang.

Ia adalah percuma dan tidak dikenakan sebarang bayaran. Parking pun senang dan ia memudahkan sesiapa sahaja. 

Selamat Bercuti ke Pulau Pinang

2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.